Ya Allah selamatkan lah saudara-saudara ku disana..
Khamis, 25 Disember 2014
Khamis, 2 Oktober 2014
Loghat KEDAH/PENANG (dialect) @ Dictionary (Kamus)

Untuk post kali ni, jom kita fly sat pi belah tanjung kat Pulau Pinang. Pulau Mutiara ni mmg biasala, terkenai dengan loghat, anak mami yg comei2, nasi kandaq, tempat2 trademark dia(pdg kota etc), orang dia yg ramah tapi melalut hehe dan byk lagilah. Walaupun muka aku ada ala2 mami(haha perasan), tapi aku bukan la pure penang pun. Cuma dah duduk sini dari kecik.
So kali ni just nk share skit loghat tempat aku dengan hangpa semua. Mesti ada yang dh lama tak “speaking” Penang, dah lupa cos asyik dok cakap KL ngan omputih ja, dan rasa rindu nak menggamit balik “vocab2″ belah utara nih, cewahh. So, ni antara vocab yang mostly aku tau & sendiri contribute, dan ada yg aku tak penah tau pun, just dengaq dalam crita utara kat tv dan refer kat forum2 orang atau tanya mak bapak aku haha, thanks banyak2.
Tapi kadang2 aku pun takleh beza sangat loghat Penang dengan loghat belah Kedah, lebih kurang ja sama2 utara, cuma aku tau Kedah ni lagi ‘dalam'(pekat) sebutan dia, Penang plak lmbut dan sedap la skit, tapi klau dah campoq benggali/mamak tu siap dgn lenggok dan goyang kepala la, apa lagi. Last2 aku bedai ja dua2. Bila dh banyak sgt vocab ni, mesti ramai yg ‘segan’ nak baca, tapi boleh la takat nk refer apa2 pekataan baru tjumpa/teringat tu, since aku pn akan update everytime ada vocab baru for “safekeeping”. Kot2 dah tua2 nanti aku nak refer balik bila dah lupa, sebab xckap penang sgt dah. So, enjoy!
Note: perkataan2 dengan huruf;
‘R’ biasanya ditukar kepada ‘Q’/’Gh’(atau Qho dalam arab hee)
LATEST UPDATES: Parpu = kacang dal; Nerai – Baris; Maarop Sintok = sejenis makian; Mapley = pengantin lelaki; ponu = pngantin prmpuan
Aci ligan – main kejar-kejar
Air acaq – air lumpur @ becak @ longkang/ acar pun bloeh la
Awang – panggilan untuk budak
Awat – kenapa/ pasepa
Bakiaq – susu baby yg dah basi (akan ada lapisan keras terapung kat bahagian atas)
Baloq liat – pemalas tahap cipan
Balun – pukul
Bambu – pukul(hang tok sah dok ketegaq, sat gi naya kena bambu)
Ban – tali ayaq (kedah)
Bang – azan
Bangkit tidoq – bangun tidur
Basah lokoih – basah lencun
Batas – jalan
Beghemba – bersaing (merujuk kepada naik beskal ramai2)
Belah – bahagian, dekat (cth: belah mana = dekat mana)
Belahak – sendawa
Belemoih – kusut masai/kotoq
Belen/seron – lebih teruk dari bohsia. (Cth: aci belen)
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Belutin – kotoq
Berderemen – muka calar balar (biasanya lepas jatuh)
Beretuh/Beghetuh – tersentuh, trlanggar
Besaq gabai – exaggerate of besar/ besaq gila
Bok – tilam (kedah)
Bon – polis/mata-mata
Borak – cakap besar, atau Pondan
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Benyai – lembik berair(eg:isi durian)
Biruu – almari (dlk kedah)
Cempera/cempegha – perangai tak tentu hala/ jakun/ terok
Cabai – cili
Camca – sudu
Camdek – mengutuk
Candet – perli
Cega – takut
Cek/cheq – saya (gelaran diri yang manja skit,bpak aku yg sulung tu smpai skrg dok pkai ngan tok aku)
Cekeding – kurus kering
Celuih – muat
Cemerkap – tak cekap
Cengei = garang
Ceroi – cair (cth : ayaq kopi ni ceroi sangat la)
Chemuih – bosan/jemu
Chewi – perasaan sayang terhadap sesuatu yang tak bertempat
Combi – anak prmpuan anak mami (kot, xpasti) klau nk sngkat -bi (cth: Mastura-bi)
Contiang – conteng
Cucoq/coq – cucur (cth: coq kodok/cok pisang) coq sbb sngkatan/nak cepat
Cunggit – baju yg senget sewaktu dipakai (macam Pak Uda hehe)
Darai – bapok/pondan
Daun karapole – daun kari
Depa – mereka/diorang
Gagau – pegang/gomol
Gerek – basikal
Ghabat – kira panjat
Ghaplah – buat perangai
Ghelaih – bilas/basuh/lap
Gherit – (baju)koyak digigit biasanya oleh tikus/lipas (gaqhit kedah kot)
Ghiang – kuderat @ tenaga
Gon – tempat yang berbukit skit atau curam (semasa drive)
Gostan – undur ke belakang (masa bwk kereta)
Gurmit – pengasah pensil
Guruih – mancis
Habaq – bagitau mai
Hamboq – bagi kaw2
Haprak – tak guna/tak boleh pakai
Haria – laungan semangat, biasanya bersorak time bola (cth: ‘haria penang haria’) klau nogori9 macam ‘joben hang joben’ la
Hambat – kejar/halau
Hangpa – engkau/korang
Hawaq – perangai tak elok
Hingaq – bising
Jamban – tandas
Jebeh – buat muka masam @ sedih Jebon – sejenis musang (atau kutukan)
Jerqah – tengking(sebab marah)
Jora – menunjuk hebat/bekeng/gedebe(kelantan) cth: hang tok sah dok buat ‘jora’ la
Julut hebiaq – mulut yang tak dak insurans
Kala**** – tepung dok makan dgn pasemboq tuu..)
Kalut – kelam kabut
Kambee – alang umah
Kami – aku/saya
Kamjat – bengang
Kanyiaq – budak higusan / seseorang yg tak berapa pandai lagi
Kapok – peluk
Katok – ketuk/pukul (dengan kayu biasanya)
Katup – tutup (pintu/botol)
Kawaq – pencuri kat kampung
Kecek – pujuk/bodek (eg: pi kecek duit kat mak)
Kedekut pait/pahit – kedekut tahap kronik
Keleh – lihat
Kelempung – paru2 daging lembu (mamak suke letak dalam mee/pasemb0q)
Kelepiaq – shake of water from body
Keloi – panggil
Kemarin – yesterday
Kemut – kedekut (orang KL pikir lain hehe)
Keras kedekiang – keras gila babas
Kerumun – mengelilingi pada sesuatu/orang
Kesut – ke sudah (cth: aku tunggu dia… dia tak mai2 sampai kesut)
Ketedarah – makan tak ingat dunia/ lapaq gila (eg:awak hang ketedarah nasi ka)
Ketegaq – degil sangat (kedah)
Ketoq – tempat basuh tangan (teko dengan dulang di kenduri2)
Koman – lekeh (lekeh tu apa?) macam takdak class la
Kona – pusing Koyak minyak – speed up for motor/ pederas
Kongkiaq – sejenis semut kepala dan taring besar
Kopek – kupas (buah)
Koyak minyak – press minyak(utk accelerate motor la)/ atau pulas minyak
Kore – banyak berkira
Kute – cubit
Lagu – macam (bukan lagu yang orang nyanyi tu) cth: lagu tu rupanya = macam tu rupanya
Latam – Pijak
Lanca – beca
Langgah – minum tak mau2/minum gelojoh la tu (cth:tak guna gelas,langgah botol terus) kedah ni
Lehiaq – leher tapi sebut pelik skit
Lekaih – cepat (cth: awat lekaih sgt nak balik)
Lekeh – koman (koman mksudnya apa pulak?) macam low class la. eg:”awat lekeh sgt tu pun taktau ka”.
Lencun/basah lencun – basah sangat(mcm seluruh badan) *refer basah lokoih kat atas
Lengai – lembab
Ligan – kejar
Likat – pekat
Lingkup – jahanam/punah
Lintaq – kilat/guruh
Loncat – lompat
Loqlaq – clumsy @ suka buat menda bukan-bukan (kedah)
Lunyai – sampai lembek (cth: belasah sampai ‘lunyai’)
Maarop Sintok – maki hamun untuk org bodoh/bangang (cth:Maarop Sintok mana la yg buang smpah kt sini)
Makan poloq – makan pelahap/gelojoh
Mampoih – mampos
Mami – mak/makcik
Mamu – pakcik
Mana aci – tak adil
Mandom – lembap/tak aktif
Manih melecaih – manis sgt2
Mankaq – isi durian yg keras tuh/makian
Mapley – pengantin lelaki kalau kat penang (klau kat KL = mamak)
Marka – awek
Mastoura – set barang kemas termasuk rantai yang loket dia sambung ke rantai
Mat Besaq – bekeng, gedebe
Meksi – jubah
Merah merengau – merah sangat terang
Melahaq – makan gelojoh (kedah)
Meluat – benci/menyampah
Melugai – meloya/perut tak selesa/ rasa macam nak muntah
Meneghas – mengulangkaji @ mengulang baca
Meneghu-meneghang – kereta lalu lalang dengan sibuk sekali (kedah ni)
Mengkala – bila (loghat kedah ni) cth: mengkala depa nak sampai ni
Menyorok – breakfast
Meqhela – gedik (gatai menqhela)
Merap – manja
Merenyam – Gatai miang jgk (klau kedah meqhenyam)
Merelop – senja
Merlit – berkilau-kilauan
Meroyak/ Meghoyak – merebak (cth:penyakit)
Merton – hammer/penukul
Morey – supper lepas semayang teraweh
Mot – tunggang
Musibat – anak hantu(kutukan)
Nalla – mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhh cth: nalla punya lawa aci tu!
Nana – abang/ utu suami pun boleh (macam nana tanjung = abang tanjung la tu)
Nangoi – budak hingusan
Nerai – sebaris (cth: Kedai tu satu nerai dengan Line Clear)
Nyok – kelapa (ayaq nyok)
Otak hang – sejenis makian (bolela penang jugak)
Panchoq – tandas
Pande – khemah
Parit ban – saliran air yang mngalir ke bendang
Parpu – kacang dal yg buat dalca tu (parpu ni bahasa melayu, tp rmai xtau sbb penang yg slalu pkai, dal/dalca tu bhs tamil)
Pasemboq – rojak mamak kalau kat KL
Pedajai – di perkenakan / terkena
Pedo – hati-hati
Pelaq – buat terok
Pepak – mengunyah atau nak hancurkan gula-gula(atau benda keras) dlm mulut
Perabih buang – makan sampai licin
Perak/peghak – heran tengok benda tak pernah jumpa(jakun)
Poduk –makan
Pokkay – sesumpah
Ponen – pondan/bapok
Ponu = pengantin perempuan (see mapley hehe)
Punggai – membaling dgn sesuatu
Pungkoq – bontot
Ragaih – panjat
Reban/Gheban – runtuh (rumah itu reban) *bukan reban ayam tu
Renjong/qhenjong – tinggi/panjang
Renyeh/qhenyeh – senyum smpai ke telinga
Reyau/qhiyau – menangis
Ronda – jalan2 (jom ronda!)
Roshom – muka masam ja
Qekah – usaha
Qhengkong – kerengkong
Sat – sekejap
Satgi – sekejap lagi
Sebek – muka sebek (muka sebelum nak mengangis)
Segan – klau bahasa buku, segan tu maksudnya malu, tapi bagi orang Penang ‘malas’
Seghiyau – takut
Seghobeh – serabai
Sekeh – luku kepala sipi2 (tak kuat sgt la)
Selepong – bercapuk, bertampung
Semalam – last nite/yesterday (yang ni ramai org KL konpius)
Semawa – menjemput
Seneqih – calar (biasanya pada body kereta)
Sengkek – pokai
Siru – berlagak
Solat lohoq – solat zuhur
Soq – sahur
Suap gula – betunang (atau adat semasa tunang)
Taboh – bantai/pukul/belasah
Tahantuak – budak tak pakai seluaq dalam, so bila depa duduk… nampak laa…
Tak celuih – tak muat
Takdan – tak sempat
Tak kelapaq – tak mau/tak hingin
Tamboq – lumpur/selut
Tanjung – belah bandar kat penang mcm georgetown kot
Taqham – dendam simpan
Tarak mau – tak mau
Taram ja – hentam saja, bedal ja
Tauk – campak
Tawaq – tawar atau tiada rasa
Tenyeh – Mengesat sesuatu eg: tenyeh mata
Terbei/teghebei – lastik
Tergheliat –terseliuh
Terpereluih – terperosok
Tetomoih – digunakan untuk jatuh yang teruk (jatuh tetomoih)
Tibai – balun/pukul/sebat
Toksah – jangan
Tokua – tauhu
Tok yu – kicap
Tokak – gigit (tapi dengan bukak mulut besar2)
Tonyoh – gosok/tenyeh dengan kuat
Toya – (muka)/perangai
Toya Mat Amin – perlian, kutukan (yang ni lawak, tak pasal2 mat amin mana tah kena)
Tuntun – maknanya lebih kurang mcm tolak…sesuai digunakan utk basikal,motor
Ubi mengala – ubi kentang
Usha – survey/lihat (cth: jom ‘usha’ marka tu)
Ya’apur seyre – trouble maker (rujuk Anak Mami movie)
**** mamak – sejenis buah… femes gak buah ni…
Note: Ok, sekian. Kalau ada lagi vocab baru,aku akan update. Dan sapa2 yg rasa nak tlong contribute, silakan sangat2 heheh. Next time aku akan tulis pasal keunikan negeri Penang kot, apa yang best dan kesentimentalan dia. Chow!
Sebelum tu, jom enjoy lagu ‘Penang Kita’ by Crosstown, lagu old skool nih, fames dulu. Habis semua tempat kat Penang dia cerita. klakar, tapi tetap best!
Selasa, 19 Mac 2013
contoh dapatan kajian PBS P.AM
941104-02- Pendapatan bulanan
responden

Carta 2: Menunjukkan Peratusan Pendapatan Responden di
Kampung Sungai Limau
Sumber: Kajian Lapangan
Carta 2
menunjukkan peratus bagi responden di Kampung Sungai Limau yang terlibat dalam
perniagaan kedai runcit.Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, didapati
pendapatan RM1000 hingga RM2000 menjadi majorti dengan bilangan 15 orang (%).
Hal ini kerana perniagaan mereka mendapat sambutan yang tinggi daripada
masyarakat.Selain itu, perniagaan mereka juga menyediakan pelbagai pilihan
barang dan hampir memenuhi kesemua keperluan asas masyarakat tersebut.
Sesetengah peniaga juga bercuti pada hari jumaat dan hal ini mengurangkan
pendapatan mereka. Selain itu, pendapatan RM1000 kebawah menunjukkan peratusan
sebanyak 23.33% dengan bilangan seramai 7 orang. Hal ini kerana perniagaan
mereka kurang mendapat sambutan daripada masyarakat kerana kedai runcit mereka
tidak menyediakan pelbagai jenis pilihan barang untuk keperluan asas
masyarakat. Oleh itu, masyarakat akan memilih kedai yang menyediakan pelbagai
jenis pilihan untuk keperluan asas mereka. Hal ini mungkin kerana mereka tidak
mempunyai modal yang besar dalam menjalankan perniagaan mereka.Selain itu,
peniaga ini juga berniaga di tempat yang kurang strategik. Kedai runcit mereka
mungkin berada di hujung kampung dan menyebabkan pelanggan tidak pergi ke kedai
mereka.Peniaga juga tidak membri layanan yang mesra kepada pelanggan.Mereka
tidak memberi senyuman kepada pelanggan dan hal ini akan menyebabkan pelanggan
tidak berasa gembira untuk pergi ke kedai mereka.Peniaga juga tidak
membersihkan kedai mereka dan menyusun barang-barang di tempat yang lebih mudah
untuk dicari oleh pelanggan.Kedai yang kotor juga akan menyebabkan pelanggan
tidak pergi ke kedai mereka seperti barang-barang yang dijual kelihatan
berhabuk dan lama.Pelanggan akan beraggapan barang tersebut telah tamat tarikh
luput dan boleh menyebabkan mereka akan mendapat penyakit.Seterusnya,
pendapatan RM2000 keatas menunjukkan peratusan sebanyak 26.67% dengan bilangan
seramai 8 orang. Hal ini kerana peniaga menyediakan kesemua jenis barang-barang
keperluan mereka.Hal ini akan menyebabkan lebih ramai pelanggan akan memilih
kedai mereka dan keuntungan mereka akan meningkat. Selain itu, mereka juga
mempunyai pendapatan sampingan seperti menjual makanan dan minuman segera di
pinggir jalan.Hal ini dapat meningkatkan pendapatan mereka.Selain itu, mereka
juga pandai mengambil hati pelanggan dengan member senyuman dan pandai bercakap
dan hal ini akan menyebabkan pelanggan akan berasa gembira dengan mereka.Selain
itu, kedai mereka kelihatan bersih dan barang-barang disusun dengan kemas dan
teratur,hal ini akan menyebabkan lebih ramai pelanggan yang akan datang ke
kedai mereka kerana barang-barang lebih mudah untuk dicari dan dapat
meningkatkan keuntungan kedai mereka seterusnya meningkatakan pendapatan
mereka.Kajian ini juga mendapati pendapatan tersebut disebabkan oleh kedudukan
kedai mereka yang strategik kerana berada di tengah-tengah kampong, dan
masyarakat akan tertumpu ke kedai mereka. Oleh
itu, perniagaan runcit ini banyak memberi kepentingan kepada peniaga dan juga
mendatangkan masalah kepada peniaga dalam sumber pendapatan mereka.
941104-02-
5.1.1 Jantina responden

Carta 1: Menunjukkan Peratusan Umur Responden di
Kampung Sungai Limau
Sumber:Kajian Lapangan
Carta 1 menunjukkan peratusan umur responden di
Kampung Sungai Limau yang terlibat dalam perniagaan kedai runcit.Daripada hasil
kajian yang telah dijalankan mendapati majoriti responden yang telah menjawab
soalan ini ialah lelaki dengan peratusan sebanyak 86.67% dengan bilangan
seramai 26 orang.Hal ini menunjukkan lelaki lebih ramai terlibat perniagaan
kedai runcit dan lelaki juga mempunyai tenaga dalam melakukan kerja dalam kedai
runcit. Peniaga terpaksa mengambil barang bagi peniaga yang tidak tahu dimana
barang tersebut berada. Peniaga lelaki juga lebih pandai untuk melayan karenah
pelanggan yang pelbagai dan pandai mengambil hati pelanggan. Hal ini akan
menyebabkan sesetengah pelanggan lebih suka untuk datang ke kedai mereka kerana
mereka akan dilayan dengan baik. Peniaga lelaki juga dapat membantu pelanggan
untuk mengangkat barang-barang mereka ke kenderaan mereka.Sesetengah pelanggan
tidak mampu untuk mengangkat barang yang dibeli kerana terlalu banyak barang
yang dibeli dan terlalu berat.Oleh itu peniaga lelaki dapat membantu untuk
mengangkatnya.
Sabtu, 23 Februari 2013
LAGI Folio P.AM tgktn 6 penggal 2
PANDUAN KE YAN
PETA
DAERAH YAN
|
|
![]() |
TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD : PENGAJIAN AM 4 (900/4)
CABARAN DAN LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN RUNCIT DI
SEKITAR PEKAN GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
TAJUK
MUHAMMAD
NAMA CALON
940226-02-
NOMBOR
KAD PENGENALAN
SK0801/1068
ANGKA GILIRAN
SMK PENDANG, 06700 PENDANG KEDAH.
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
14 APRIL 2013
TARIKH
MARKAH
TERHAD
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
di atas sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat
menjalankan dan menyempurnakan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kepada guru
pengajian am saya saya iaitu Cikgu Nazri Bin Ismail yang telah memberi segala
bimbingan dan tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna. Saya juga
ingin menyampaikan penghargaan kepada Tuan Pengetua kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menggunakan kemudahan yang diperlukan dalam
menjalankan kajian ini. Akhir sekali kepada rakan-rakan sekelas kerana saling
membantu dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan
1.0 Pengenalan
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang
melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual
dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan
pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. Terdapat empat konsep asas dalam
perniagaan. Antaranya ialah barangan dan perkhidmatan. Dalam konteks ayat ini,
barangan merupakan produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian, dan
sebagainya. Manakala perkhidmatan pula ialah aktiviti yang membantu dan memberi
faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans,
pelancongan dan sebagainya. Konsep yang seterusnya ialah untuk memuaskan
keperluan dan kehendak pelanggan. Keperluan merujuk kepada barangan asas yang
diperlukan untuk kehidupan manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan
sebagainya. Kehendak pula merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad
untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. Bagi
mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan serta kehendak pelanggan. Konsep asas
perniagaan yang ketiga ialah pertukaran nilai. Hal ini merujuk kepada perpindahan
barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. Barangan dan
perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga
biasanya dalam nilai wang. Proses ini juga melibatkan persetujuan antara
penjual dengan pembeli. Konsep yang terakhir ialah keuntungan perniagaan.
Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan juga merupakan
hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos
pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat. Keuntungan
merupakan kayu ukur kejayaan dan ganjaran bagi sesebuah perniagaan yang mampu
bersaing di pasaran.
Proses perniagaan pula ialah aktiviti tambah nilai dalam
proses transformasi terhadap input-input pengeluaran bagi menghasilkan output
untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Input ialah
faktor-faktor pengeluaran yang digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan
barangan yang dapat memberi keuntungan terhadap perniagaan tersebut. Proses
transformasi yang berlaku di dalam sesebuah perniagaan pula ialah proses
pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan
teknologi bagi menghasilkan output. Output ialah barangan atau perkhidmatan
yang telah dihasilkan atau hasil akhir organisasi. Terdapat 3 peringkat di
dalam proses perniagaan. Yang pertama ialah membangunkan pengeluaran iaitu
membangun keluaran, menguruskan permintaan dan memenuhi pesanan. Dalam proses
membangun keluaran, pengenalpastian terhadap keluaran yang dikeluarkan amatlah
diperlukan. Kepuasan dan keperluan pengguna hendaklah diambil kira bagi
memudahkan urusan perniagaan.Selain itu, melakukan perubahan keluaran yang
sedia ada dari segi penambahan fungsi kegunaan, peningkatan mutu keluaran,
bentuk keluaran serta menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu
keluaran. Dalam usaha menguruskan permintaan, minat bakal pembeli untuk mencuba
dan membeli keluaran harus diperolehi dengan cara yang bernas. Aktiviti yang
boleh dilakukan pada peringkat ini ialah membuat penyelidikan pasaran,
menjalankan promosi dan pengiklanan dan melakukan aktiviti jualan yang efektif.
Kemudian, bagi memenuhi pesanan pelanggan, barangan yang dipesan haruslah
dipastikan supaya tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
Hal ini merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan proses
pengeluaran, pemasangan, penyimpanan, dan penghantaran barang ke pengguna.
Penjadualan pengeluaran juga harus tepat supaya pesanan tidak tergendala selain
perkhidmatan selepas jualan yang perlu disediakan.
Perniagaan runcit merupakan salah satu jenis perniagaan yang
dilakukan oleh para peniaga bagi memperoleh keuntungan melalui jualan barangan
runcit kepada para pembeli. Perniagaan runcit kebanyakannya lebih murah
daripada perniagaan besar yang dilakukan di bandar-bandar besar terutamanya.
Perniagaan runcit selalunya dijalankan di kawasan yang mempunyai penduduk
sederhana ramai seperti di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Para pembeli
lebih tertumpu untuk membeli barangan keperluan harian mereka di kedai-kedai
runcit bersesuaian dengan pendapatan mereka yang sederhana dibandingkan dengan
penduduk di bandar-bandar besar yang penduduknya berpendapatan lebih tinggi.
Kerajaan juga telah memberi banyak intensif kepada para peniaga runcit dalam usaha
untuk memajukan perniagaan mereka selaras dengan matlamat negara untuk
memajukan ekonomi rakyat Malaysia. Usaha ini telah membantu para peniaga runcit
untuk memajukan perniagaan mereka setaraf dengan peniaga di bandar-bandar
besar. Perniagaan runcit juga menjadi semakin sengit di kalangan peniaga yang
berpusu-pusu berusaha meningkatkan ekonomi mereka.
Perniagaan runcit memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan manusia. Perniagaan akan membentuk interaksi antara satu sama lain,
cara manusia berfikir, cara manusia bekerja, cara manusia berbelanja, dan
mempengaruhi kehidupan aktiviti seharian. Perniagaan runcit merupakan satu
bidang yang cukup mencabar. Cabaran demi cabaran akan dihadapi oleh pemilik
kedai runcit yang menceburi bidang ini sebelum mencapai kejayaan. Bagi
mendapatkan keuntungan yang maksimum, beberapa perkara perlu diambil kira
seperti persaingan, pengguna dan politik. Ahli perniagaan hendaklah bijak
menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan hal ini akan
menjadikannya lebih dikenali dan mendapat sambutan daripada masyarakat. Skop
perniagaan kini juga semakin meluas dan tanpa sempadan. Jika dahulu sistem
barter, iaitu sistem pertukaran barang dengan barang yang dikehendaki. Kini
wang atau nilai perantaraan digunakan untuk memudahkan proses urus niaga.
Persekitaran perniagaan yang pantas berubah akan menjadi satu cabaran kepada
peniaga dalam merancang strategi yang sesuai dan terbaik untuk menghadapi
cabaran dan masalah tersebut.
Perniagaan runcit merupakan aktiviti untuk mendapatkan
keuntungan dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memuaskan kepeluan
dan kehendak pelanggan. Ia berkaitan dengan proses jual beli yang melibatkan
pertukaran nilai antara penjual dengan pembeli (pembayaran wang). Barangan dan
perkhidmatan merupakan nilai yang dimiliki oleh penjual. Sementara itu, wang
ialah nilai yang dimiliki oleh pembeli. Matlamat penjual adalah untuk mencapai
keuntungan, manakala matlamat pelanggan pula adalah untuk memuaskan kehendak
dan keperluan mereka. Perniagaan runcit dimiliki seorang pemilik sahaja.
Pemilik entiti ini akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemajuan dan
kemunduran perniagaannya. Segala perancangan dan operasi perniagaan adalah
menjadi tanggungjawab pemilik. Semua keputusan berhubung dengan perniagaan
dibuat oleh pemilik. Pemilik juga akan menanggung segala kerugian perniagaan.
Pembayaran cukai atas keuntungan juga merupakan tanggungjawab pemilik. Kebanyakan peniagaan kecil di Malaysia ini
ditubuhkan dalam bentuk pemilikan tunggal. Perniagaan jenis ini biasanya
memulakan operasi dengan modal yang agak kecil. Perniagaan jenis ini perlu
mendaftar di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (pindaan 1978).
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam
kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di
Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai
orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat
dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi
muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol
terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan
garam.
2.0 Objektif Kajian
1) Mendefinisikan
konsep perniagaan runcit dodol Ramlah
Zul di Pekan Tanah Merah, Kedah
2) Menghuraikan
dan menjelaskan kepentingan perniagaan dodol di Pekan Tanah Merah, Kedah
3) Menghuraikan
dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan dodol Ramlah Zul di Pekan
Tanah Merah, Kedah
4) Menghuraikan
kesan negatif perniagaan dodol Ramlah Zul di Pekan Tanah Merah, Kedah
5) Mencadangkan
langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan dodol Ramlah Zul di
Pekan Tanah Merah, Kedah
3.0 Lokasi Kajian
Kajian
ini telah dijalankan di kawasan sekitar Pekan Tanah Merah,Pendang. Lokasi ini
dipilih bertujuan untuk memudahkan saya menjalankan kajian kerana
berdekatan dengan tempat tinggal saya..
Selain itu kawasan ini dipilih kerana penduduknya yang sudah mengenali diri
saya seterusnya akan memudahkan urusan saya dalam dalam usaha menyiapkan kajian ini. Hal ini juga seterusnya
dapat memudahkan saya bagi menemui dan berkomunikasi dengan responden bagi menjalankan kajian
ini.Kawasan ini juga dipilih kerana terdapat banyak kedai runcit yang dibina di
sini. Maklumat tambahan yang pelbagai akan mudah untuk diperolehi dengan adanya
banyak kedai runcit di sekitar kawasan ini.
4.0 Kaedah Kajian
4.1 Penyelidikan
Perpustakaan
Beberapa buah perpustakaan telah dilawati untuk mencari
maklumat mengenai perniagaan. Pembacaan surat khabar, majalah, buletin,
penulisan dan kajian terdahulu telah memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai
perniagaan. Semua info berkaitan perniagaan runcit yang dijumpai telah
dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menyiapkan kajian ini. Laman web yang
berkaitan dengan perniagaan runcit juga telah saya lawati bagi mendapatkan
maklumat yang perlu berkaitan dengan kajian saya ini. Saya telah melayari
internet dan mengumpul sebanyak mana maklumat yang ada mengenai perniagaan
runcit yang dijalankan di Malaysia melalui pencarian google map dan sumber
sumber terpilih. Beberapa laman web telah dilawati bagi mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat mengenai perniagaan runcit ini. Semua bukti yang dijumpai
dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menyiapkan kajian ini. Penekanan diberikan kepada fakta yang tepat
dan penghuraian fakta yang baik dengan menggunakan sumber-sumber yang sahih.
Oleh itu, sumber primer dapat ditambah dengan
pengesahan sumber melalui jurnal, fail, serta laporan akhbar yang lalu.
4.2 Soal
selidik
Beberapa orang responden telah ditemui di sekitar kawasan
kajian bagi menjawab beberapa soalan mengenai perniagaan runcit. Beberapa
soalan telah dikemukakan kepada semua responden bagi mendapatkan maklumat yang
penting dan tepat serta komen mereka
terhadap perniagaan runcit yang dijalankan di sekitar pekan Tanah Merah.
Seramai sepuluh orang responden telah dipilih secara rawak mengikut kaum dan
jantina seterusnya ditemubual bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan
yang diajukan berkisar mengenai faedah yang mereka peroleh dengan perniagaan
runcit jika dibandingkan dengan cara perniagaan yang lain. Mereka juga ditanya
mengenai kualiti barangan yang dijual secara runcit dibandingkan dengan
barangan yang dijual menggunakan cara perniagaan yang lain. Semua jawapan yanag
diberikan oleh responden dijadikan sebagai sumber dalam usaha untuk menyiapkan
kajian mengenai perniagaan runcit ini. Borang kaji selidik ini berbentuk soalan
tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan boring soal selidik tertutup adalah
untuk mendapatkan keputusan responden yang berbeza-beza. Hal ini memudahkan
pengkaji menilai dan menganalisis keputusan yang diberikan oleh responden. Di
samping itu, boring kaji selidik terbuka merupakan rasional yang bebas
memberikan pelbagai pendapat.
4.3 Kajian
Lapangan
Dalam kaedah ini, kawasan kajian akan dilawati bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan. Pemerhatian telah dilakukan di sekitar
kawasan kajian iaitu dengan menfokuskan kepada tahap penerimaan pengguna
terhadap perniagaan runcit. Rakaman telah dilakukan menggunakan perakam video
atau pita kamera bagi merakam gambar para penduduk di sekitar pekan Tanah Merah
yang menerima cara perniagaan secara runcit. Rakaman yang telah dibuat akan
dijadikan sebagai bukti dan sumber rujukan mengenai penerimaan pengguna serta
cara peniaga mendapatkan kepercayaan daripada pengguna terhadap perniagaan
runcit yang mereka jalankan. Semua gambar dan video berkenaan perniagaan runcit
menjadi sumber bagi menyiapkan kajian ini. Selain itu, dari segi aspek lain,
kepentingan perniagaan runcit terhadap pengguna di sekitar kawasan kajian juga
dapat dikenalpasti melalui kaedah yang telah dijalankan ini. Hal ini sedikit
sebanyak telah memudahkan urusan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan ini.
4.4 Temubual
Kaedah lain yang digunakan bagi menjalankan kajian ini ialah
kaedah temubual. Kaedah temubual ialah dimana pengkaji akan menyuarakan
beberapa soalan kepada responden mengenai perniagaan runcit. Seramai 10 orang
responden yang berpengalaman dalam bidang ini telah ditemubual. Beberapa soalan
mengenai perniagaan runcit yang dijalankan juga telah diajukan kepada mereka.
Ketika soal temubual berlangsung, sumber yang sahih telah digunakan sebagai
rujukan dan tahap kebenaran mengenai perniagaan runcit yang mereka jalankan.
Soalan yang diajukan hanyalah berkisar mengenai perniagaan runcit seiring
dengan tujuan kajian dijalankan. Semua responden yang dipilih merupakan para
peniaga yang menjalankan perniagaan secara runcit di sekitar pekan Tanah Merah.
Mereka telah dipilih secara rawak mengikut kaum dan jantina yang terdapat di
sekitar kawasan kajian. Semua responden juga telah dikenalpasti tahap
pengalaman berniaga secara runcit berdasarkan umur serta jawapan yang mereka
berikan pada setiap soalan yang diajukan.
5.0 Dapatan kajian
5.1 Konsep
Perniagaan Runcit
Merujuk pada
kamus dewan, perniagaan runcit ialah perniagaan yang dijalankan secara
kecil-kecilan. Perniagaan runcit menggunakan modal yang sederhana untuk membuka
sebuah kedai. Perniagaan runcit kecil-kecilan ialah perniagaan yang menjual
barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir.
Manakala buku
perdagangan tingkatan empat telah menjelaskan perniagaan runcit ialah
perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual barangan keperluan harian kepada
pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit melalui kaedah pembungkusan.
Seterusnya, perlebelan harga juga menjadi tugas pemilik kedai runcit untuk
menjual barang dengan harga yang berpatutan kepada pengguna terakhir. Peruncit
juga mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada
pengguna. Tugas peruncit termasuklah aktiviti memecah pukal dan memperagakan
barang kepada pengguna untuk memajukan perniagaanya bagi mendapatkan
keuntungan.
Di samping
itu, peruncit juga menjual barangan kegunaan isi rumah seperti barang konsumer
kepada pelanggan. Barang konsumer merupakan barang siap yang boleh digunakan
terus oleh pengguna terakhir. Barang konsumer ini juga merupakan barang
keperluan seharian pengguna. Barangan konsumer yang dibeli oleh pengguna adalah
bertujuan untuk kegunaan sendiri bukan untuk kegunaan perniagaan. Contoh barang
konsumer ialah gula, minyak, sabun dan sebagainya.
Folio PBS P.AM tgktn 6 penggal 2
PANDUAN KE YAN
PETA DAERAH YAN
|
|
![]() |
BORANG KAJI SELIDIK
BAGI MENGENAL PASTI KEPENTINGAN MESIN PADI SEBAGAI PENGANGKUTAN UTAMA DALAM
PROSES PENUAIAN PADI KEPADA PESAWAH DAN MENGENAL PASTI MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI
OLEH PESAWAH TERSEBUT.
BAHAGIAN A: Latar
belakang responden.
Arahan:Tandakan (√) pada
kotak yang berkenaan.
Jantina:Lelaki
Perempuan
Tahap Pendidikan:STPM/SPM Ijazah
Diploma Lain-lain………………
Status Perkahwinan:Bujang Berkahwin
Bilangan Isi Rumah………………………….
Pendapatan Sebulan
RM………………….....
BAHAGIAN B
Arahan:Tandakan (X) pada petak YA atau TIDAK bagi
soalan yang berikut
Bil.
|
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
Adakah anda sentiasa menggunakan
perkhidmatan pengangkutan mesin padi untuk proses penuaian padi ?
|
||
2
|
Adakah mesin padi disewa dan bukan
milik sendiri?
|
||
3
|
Adakah bayaran perkhidmatan mesin padi
yang dikenakan mahal ?
|
||
4
|
Adakah perkhidmatan mesin padi
mempercepatkan kerja-kerja menuai padi?
|
||
5
|
Adakah perkhidmatan mesin padi yang
anda gunakan sering menghadapi masalah kerosakan ketika musim menuai padi ?
|
||
6
|
Adakah anda mengalami kerugian ketika
mesin padi rosak sewaktu menuai padi ?
|
||
7
|
Adakah sukar bagi anda untuk mendapatkan
perkhidmatan mesin padi?
|
||
8
|
Adakah jentera mesin padi merosakkan
jalan raya di kawasan anda ?
|
||
9
|
Adakah mesin padi menyebabkan
kesesakan lalu lintas di kawasan anda ?
|
||
10
|
Adakah bunyi mesin padi yang kuat
mengganggu ketenteraman anda semasa musim menuai padi ?
|
KAEDAH
KAJIAN
Beberapa kaedah kajian
dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang masalah utama yang dihadapi oleh
pesawah di Kampung Sungai Daun ketika menggunakan perkhidmatan mesin padi pada
musim menuai dan kepentingan mesin padi terhadap mereka.Antara kaedah yang
digunakan ialah pemerhatian,temu bual,soal selidik dan rujukan.
1)PEMERHATIAN
Pemerhatian digunakan sebagai salah satu alternatif
ketika menjalankan kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian
di lokasi kajian iaitu di Kampung Sungai Daun.Sepanjang Januari hinggan
Februari 2013.Sepanjang pemerhatian selama sebulan,kajian ini mendapati bahawa
mesin padi merupakan penggangkutan utama bagi pesawah untuk proses penuaian
padi di kampung tersebut.
2)TEMU BUAL
Temu
bual merupakan salah satu kaedah yang penting dalam setiap kajian.Kajian ini
juga melibatkan beberapa sesi temu bual.Temu bual yang dijalankan adalah secara
tidak formal.Ia melibatkan pesawah di kampung tersebut.
3)SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan kaedah penting dalam
melakukan kajian.Kajian ini melibatkan beberapa segi.Soal selidik yang
dilakukan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan pesawah di Kampung Sungai
Daun.
4)RUJUKAN
Rujukan adalah salah satu kaedah ketika
melakukan kajian.Kajian ini memerlukan rujukan daripada pelbagai
sumber.Antaranya ialah daripad internet iaitu sumber utama bagi kajian
ini.Selain itu rujukan juga turut dibuat daripada buku-buku rujukan.
LOKASI
KAJIAN
Lokasi kajian telah dijalankan di Kampung Sungai
Daun yang terletak di dalam Daerah
Yan.Daerah Yan berada di bawah Parlimen Jerai di Negeri Kedah,Darul
Aman.Mengikut sejarah sebutan Yan berasal daripada penghujung perkataan ‘Sendayan’
iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan itu suatu ketika
dahulu.Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan
adalah singkatan daripada buah ‘Durian’.Walaubagaimanapun Daerah Yan mempunyai
sejarahnya yang tersendiri.Daerah Yan mula di buka secara rasmi pada 1904
bersamaan dengan 1324 hijrah yang ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed
Othman Al Qadri.Mengikut data pada tarikh kemaskini 1 Mac 2011 keluasan
pentadbiran Majlis Daerah Yan seluas 246.07km persegi.Tahun 2011 jumlah
keseluruhan penduduk di daerah Yan adalah seramai 62519 orang pada tarikh
kemaskini 1 Mac 2011.Manakala jumlah bagi mengikut etnik pada tahun 2010 jumlah
penduduk warganegara Malaysia seramai 63.1 ribu orang,jumlah penduduk bumiputra
lain seramai 0.02 ribu orang,jumlah penduduk kaum Cina seramai 4.4 ribu
orang,jumlah penduduk kaum India seramai 0.09 ribu orang,jumlah penduduk bukan
warganegara Malaysia seramai 0.7 ribu orang.Selain itu,terdapat beberapa buah
kampung yang terletak berdekatan dengan Kampung Sungai Daun dalam daerah
Yan.Antaranya ialah Kampung Sungai Dedap,Kampung Sungai Kering,Kampung Pisang,Kampung
Selengkoh,Kampung Sungai Limau dan kampung-kampung lain.sehubungan dengan
itu,terdapat juga beberapa buah sekolah menengah harian dan sekolah rendah
harianserta sekolah agama harian yang berada di kawasan Daerah yan.Antaranya
ialah MSK,Sungai Limau,SMK.Dulang,SMK,Yan,SMA,Sungai Limau,SMK Agama Yan
,SK.Simpang Tiga Sungai Daun,SK.Sungai Daun Tengah,SK.Sungai Limau dan lain-lain.
Seterusnya,Kampung
Sungai Daun merupakan kampung yang terdekat dengan kawasan kajian saya iaitu
kampong halaman saya sendiri.Kampung Sungai Daun mempunyai penduduk yang
majoritinya adalah kaum melayu dan hanya sebahagian kecil sahaja terdapat kaum
cina.Jadi tidak hairanlah pekerjaan utama bagi penduduk kampung tersebut adalah
pesawah dan peniaga.Bagi anak-anak kampung tersebut yang masih bersekolah,jarak
untuk ke sekolah dari Kampung Sungai Daun ialah sejauh 5 kilometer manakala
bagi yang bekerja jarak untuk ke Bandar-bandar yang berdekatan dengan kampung
tersebut adalah 35 kilometer untuk ke Alor Setar.Jarak untuk ke Sungai Petani
dari Kampung Sungai Daun adalah sejauh 48 kilometer.Kampung Sungai Daun juga
mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan masyarakat di
kampung tersebut.Antaranya ialah perhentian bas,shell minyak.kedai-kedai runcit
dan sebagainya bagi memenuhi keperluan harian mereka yang tinggal di situ.
940214-02-5917
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian yang dijalankan berdasarkan objektif yang
berikut
1) Mengenal pasti kepentingan penggunaan
perkhidmatan mesin padi untuk proses penuaian padi.
2)Mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh pesawah untuk menggunakan perkhidmatan mesin
padi bagi proses penuaian padi.
940214-02-5917
Langgan:
Catatan (Atom)