Translate

Ahad, 7 Oktober 2012

10 Empangan Terbesar di Dunia


10.SRISAILAM DAM – INDIA
Terletak di sungai Krishna, Empangan Srisailam dibina di Bukit Nallama berkedudukan lebih kurang 300 meter di atas paras laut.Empangan ini adalah salah satu daripada 12 empangan terbesar di negara itu dari segi pengeluaran kuasa hidroelektrik untuk tujuan pengairan di daerah Kurnool dan Curdappah.
9.NAGARJUNA SAGAR - INDIA
Empangan Nagarjuna Sagar terletak di daerah Nalgonda ,Andhra Pradesh ,Indian.Dianggap binaan antara yang terbesar di Asia, siap dibina pada tahun 1966 dan mempunyai 26 crest gates setiap satu.Berdasarkan binaannya, ia adalah yang tertinggi di dunia dan memiliki tasik buatan manusia yang ketiga terbesar di dunia.Empangan dan terusan nya adalah sangat penting sebagai sistem pengairan di kawasan sekitarnya.
8. VERZASCA DAM – SWITZERLAND
Empangan Verzasca juga dikenali sebagai Empangan Contra, dibina di antara 1960 dan 1965 di Val Verzasca, Switerland.Empangan ini dibina oleh Verzasca Sa,sebuah syarikat yang menghasilkan kuasa elektrik di kawasan tersebut dan akan terus menjana elektrik sehingga tahun 2046.Takungan Lago Di Vorgono yang terbina sendiri melalui empangan itu,mampu mencetuskan gegaran seperti gempa bumi apabila air sedang di penuhkan.
7. ATATURK DAM – TURKEY
Siap dibina pada tahun 1990, Empangan Atarturk di Turki adalah empangan berbatu di Sungai Euphrates .Nama asal nya adalah Empangan Karababa, kemudian dinamakan semula sempena menghormati Mustafa Kemal Atarturk sebagai pengasa kepada Turkish Republic.Empangan ini bertanggungjawab sebagai sistem pengairan dan juga penjana elektrik bagi kawasan itu

6. MANGLA DAM – PAKISTAN
Empangan ke-12 terbesar di dunia ini dibina pada tahun 1967 dan dibiayai oleh Bank Dunia.Empangan ini bina di atas persetujuan Indus Waters Treaty pada tahun 1960 yang memberi kan hak sungai Ravi,Beas, dan Suglej kepada Pakistan.Sebelumempangan ini dibina,sistem pengairan Pakistan hanya bergantung kepada aliran sungai Indus yang tidal dikawal.

5. TARBELA – PAKISTAN
Siap dibina pada tahun 1976,Empangan Tarbela juga dikenali sebagai Torabela atau Pashto, dianggap sebagai yang terbesar pernah dibina oleh Pakistan di Sungai Indus.Walaupun bukan empangan yang terbesar di dunia,ia adalah empangan yang dipenuhi air secara semulajadi oleh bumi.Empangan ini menyimpan air bukan sahaja sebagai kawalan kepada banjir malah berfungsi sebagai sistem pengairan dan juga penjana hidro-elektrik.

4. FORT PECK – UNITED STATES
Empangan Fort Peck terletak di timur laut Montana adalah salah satu daripada empangan yang ada di Sungai Missouri.Pembinaannya bermula pada 1933 sebagai sebahagian daripada rancangan New Deal oleh Presiden Franklin D. Roosevelt dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 11,000 orang semasa pembinaannya.Empangan ini telah membentuk Tasik Fort Peck dan berfungsi sebagai kawalan banjir dan menjana kuasa elektrik

3. ASWAN DAM – EGYPT
Empangan Aswan Dam terbahagi kepada dua,Empangan Aswan High dan Empangan Aswan Low.Pada zaman dahulu diketahui Sungai Nil akan banjir ketika musim panas akibat daripada aliran air dari Timur Afrika.Apabila populasi disekitar Sungai Nil itu semakin bertambah,langkah-langkah untuk mengawal banjir harus di laksanakan di kawasan ini.Sekarang,tanah disekitar nya cukp subur untuk tujuan pertanian dan penduduk tidak perlu risau tentang masalah banjir

2. SYNCRUDE TAILINGS – CANADA
Terletak di Fort McMurray diAlberta Canada, Empangan Syncrude Tailings dianggarkan mempunyai 540,000,000 isipadu air.Empangan ini diuruskan oleh syarikat Syncrude ltd,iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil minyak di Athabasca Oil Sands.

1. THREE GORGES – CHINA
Empangan The Three Gorges di China ini adalah projek yang terbesar di dunia.Dijangkakakn mempunyai isipadu sebanyak 39,300,000,000 meter padu.Pembinaan empangan ini mempunyai impak yang besar kepada Sandouping,di mana menyebabkan beberapa buah kampung harus dipindahkan dan juga perubahan kepada pemandangannya.Kerana ketinggian Empangan The Three Gorges ini membuatkan seolah-olah bukit disekitarnya nampak lebih rendah.
Empangan ini bukan sahaja antara yang terbesar, malah dianggap antara yang paling berfungsi,cantiik dan mempunyai nilai estetika di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan