Translate

Jumaat, 15 Mei 2015

8 Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Malaysia



Bagi rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia, negara ini mungkin bagi hanyalah sebuah negara biasa yang diduduki oleh lebih kurang 30 juta manusia. Tetapi tahukah anda sebenarnya banyak benda menarik yang terjadi di negara kesayangan kita ini.

Kali ini kami bawakan beberapa fakta yang mungkin belum anda ketahui tentang negara ini.

1 - Serangga Terpanjang di Dunia Dijumpai di Sabah

Percaya atau tidak, serangga terpanjang yang pernah dijumpai di dunia adalah di Sabah. Serangga yang dikenali sebagai "Serangga Ranting Kayu" atau "Stick Insect" ini dijumpai di tengah-tengah Borneo dan mempunyai ukuran sepanjang 22 inci.


2 - Stesen Keretapi Kuala Lumpur Dibina Untuk Tahan dari Kesejukan Musim Salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebenarnya dibina dengan ciri tahan dari musim salji dimana sekiranya musim salji melanda Malaysia, stesen itu masih boleh berfungsi. Atap bangunan itu juga dibina supaya mampu menampung berat salji sehingga 2 kaki.

Kenapa ia dibina sedemikian rupa? Ianya kerana pada waktu ia dibina, Malaysia masih lagi dibawah British. Jadi bangunan itu dibina mengikut piawaian dari pihak berkuasa British yang dikenali sebagai "British Standard".


3 - Terdapat 140 bahasa yang digunakan di Malaysia 

Jumlah bahasa pertuturan di Malaysia adalah sebanyak 140 jenis bahasa termasuklah dialek-dialek seperti dialek Kelantan, Kedah dan juga bahasa yang digunakan oleh mereka yang tinggal di pendalaman. Menurut sebuah buku yang bertajuk "Language Policy Challenges in Multi-Ethnic Malaysia" oleh Saran Kaur Gill, 138 bahasa masih lagi digunakan manakala dua lagi sudah pupus.

4 - Sarang lipas terbesar di dunia ada di Malaysia

Lipas memang terkenal dengan cirinya yang tahan sehinggakan boleh lagi hidup walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear. Tapi dimanakah tempat yang paling banyak lipas di dunia?

Jawapannya adalah di Gua Gomontong, Sabah. Sekiranya anda kesana, anda pasti boleh melihat sekumpulan lipas sedang berlari-larian di atas lantai dan juga dinding gua. Jika anda penggemar lepas, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan lipas-lipas ini!

5 - "Hello all, I'm Malaysian"
Orang Malaysia akan membahasakan diri mereka sebagai "Malaysian" bila berada di luar negara tetapi apabila berada di dalam negara, orang Malaysia suka membahasakan diri mereka dengan bangsa seperti "Melayu", "Cina" atau India.

6 - Perkataan "Ringgit" berasal dari perkataan "Bergerigi"
Agak mengejutkan apabila perkataan "Ringgit" yang biasa kita guna untuk membahasakan mata wang kita sebenarnya merujuk kepada perkataan "Bergerigi". Perkataan Ringgit dulunya merujuk kepada gerigi-gerigi yang terdapat di hujung duit perak Sepanyol (Wikipedia) yang diedarkan secara meluas pada zaman dulu.

Gerigi padaduit perak sepanyol
Beringgit-ringgit adalah kata kerja bagi bergerigi.(Menurut Kamus Dewan edisi ke-4)

7 - Kim Jong-Un, pernah diberi Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi oleh sebuah Universiti di Malaysia

Siapa sangka, biarpun pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un dilabel sebagai kejam, dia pernah mendapat Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi. Dan yang lebih memeranjatkan, Universiti yang bertanggungjawab menyampaikan anugerah itu adalah HELP University Malaysia.

Walaupun begitu, Kim Jong-Un hanya diwakili oleh duta Korea Utara ke Malaysia. Majlis tersebut diadakan pada 3 Oktober 2013 di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.


8 - Orang Malaysia Tanggal Selipar Sebelum Masuk Rumah, Mat Salleh Pelik.
Budaya Malaysia sememangnnya mengajar kita supaya membuang selipar atau kasut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Tetapi, budaya yang kita anggap sebagai asas ini sebenarnya dipandang unik oleh orang asing.

Memetik satu artikel dari laman web pelancongan terkenal tripadvisor.co.uk, pelancong diberi "amaran" supaya bersiap sedia untuk belajar menanggalkan selipar sebelum masuk ke rumah orang Malaysia. Ini jelas menunjukkan betapa budaya ini menjadi satu "benchmark" untuk orang Malaysia.

SUMBER : - Siakapkeli.my

Rabu, 13 Mei 2015

Pandang Pada Sejarah

Al-Fatihah kepada Mak Minah (pelakon filem masam-masam manis) yang di bunuh di depan panggung wayang federal...


Al-Fatihah kepada Pak Kasim Omar yang di bunuh di pulau pinang...


Al-Fatihah kepada semua orang melayu yang menjadi mangsa pembunuhan kejam...

Tak perlulah aku huraikan lagi, siapa yang menjadi dalang dalam tragedi ini, umum sudah mengetahui...




boleh lihat video di link ini

http://darulehsantoday.blogspot.com/2015/05/video-memperingati-46-tahun-peristiwa.html

Khamis, 2 Oktober 2014

Loghat KEDAH/PENANG (dialect) @ Dictionary (Kamus)


Untuk post kali ni, jom kita fly sat pi belah tanjung kat Pulau Pinang. Pulau Mutiara ni mmg biasala, terkenai dengan loghat, anak mami yg comei2, nasi kandaq, tempat2 trademark dia(pdg kota etc), orang dia yg ramah tapi melalut hehe dan byk lagilah. Walaupun muka aku ada ala2 mami(haha perasan), tapi aku bukan la pure penang pun. Cuma dah duduk sini dari kecik.
So kali ni just nk share skit loghat tempat aku dengan hangpa semua. Mesti ada yang dh lama tak “speaking” Penang, dah lupa cos asyik dok cakap KL ngan omputih ja, dan rasa rindu nak menggamit balik “vocab2″ belah utara nih, cewahh. So, ni antara vocab yang mostly aku tau & sendiri contribute, dan ada yg aku tak penah tau pun, just dengaq dalam crita utara kat tv dan refer kat forum2 orang atau tanya mak bapak aku haha, thanks banyak2.
Tapi kadang2 aku pun takleh beza sangat loghat Penang dengan loghat belah Kedah, lebih kurang ja sama2 utara, cuma aku tau Kedah ni lagi ‘dalam'(pekat) sebutan dia, Penang plak lmbut dan sedap la skit, tapi klau dah campoq benggali/mamak tu siap dgn lenggok dan goyang kepala la, apa lagi. Last2 aku bedai ja dua2. Bila dh banyak sgt vocab ni, mesti ramai yg ‘segan’ nak baca, tapi boleh la takat nk refer apa2 pekataan baru tjumpa/teringat tu, since aku pn akan update everytime ada vocab baru for “safekeeping”. Kot2 dah tua2 nanti aku nak refer balik bila dah lupa, sebab xckap penang sgt dah. So, enjoy!
Note: perkataan2 dengan huruf;
‘R’ biasanya ditukar kepada ‘Q’/’Gh’(atau Qho dalam arab hee)
LATEST UPDATES: Parpu = kacang dal; Nerai – Baris; Maarop Sintok = sejenis makian; Mapley = pengantin lelaki; ponu = pngantin prmpuan
Aci ligan – main kejar-kejar
Air acaq – air lumpur @ becak @ longkang/ acar pun bloeh la
Awang – panggilan untuk budak
Awat – kenapa/ pasepa

Bakiaq – susu baby yg dah basi (akan ada lapisan keras terapung kat bahagian atas)
Baloq liat – pemalas tahap cipan
Balun – pukul
Bambu – pukul(hang tok sah dok ketegaq, sat gi naya kena bambu)
Ban – tali ayaq (kedah)
Bang – azan
Bangkit tidoq – bangun tidur
Basah lokoih – basah lencun
Batas – jalan
Beghemba – bersaing (merujuk kepada naik beskal ramai2)
Belah – bahagian, dekat (cth: belah mana = dekat mana)
Belahak – sendawa
Belemoih – kusut masai/kotoq
Belen/seron – lebih teruk dari bohsia. (Cth: aci belen)
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Belutin – kotoq
Berderemen – muka calar balar (biasanya lepas jatuh)
Beretuh/Beghetuh – tersentuh, trlanggar
Besaq gabai – exaggerate of besar/ besaq gila
Bok – tilam (kedah)
Bon – polis/mata-mata
Borak – cakap besar, atau Pondan
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Benyai – lembik berair(eg:isi durian)
Biruu – almari (dlk kedah)
Cempera/cempegha – perangai tak tentu hala/ jakun/ terok
Cabai – cili
Camca – sudu
Camdek – mengutuk
Candet – perli
Cega – takut
Cek/cheq – saya (gelaran diri yang manja skit,bpak aku yg sulung tu smpai skrg dok pkai ngan tok aku)
Cekeding – kurus kering
Celuih – muat
Cemerkap – tak cekap
Cengei = garang
Ceroi – cair (cth : ayaq kopi ni ceroi sangat la)
Chemuih – bosan/jemu
Chewi – perasaan sayang terhadap sesuatu yang tak bertempat
Combi – anak prmpuan anak mami (kot, xpasti) klau nk sngkat -bi (cth: Mastura-bi)
Contiang – conteng
Cucoq/coq – cucur (cth: coq kodok/cok pisang) coq sbb sngkatan/nak cepat
Cunggit – baju yg senget sewaktu dipakai (macam Pak Uda hehe)
Darai – bapok/pondan
Daun karapole – daun kari
Depa – mereka/diorang
Gagau – pegang/gomol
Gerek – basikal
Ghabat – kira panjat
Ghaplah – buat perangai
Ghelaih – bilas/basuh/lap
Gherit – (baju)koyak digigit biasanya oleh tikus/lipas (gaqhit kedah kot)
Ghiang – kuderat @ tenaga
Gon – tempat yang berbukit skit atau curam (semasa drive)
Gostan – undur ke belakang (masa bwk kereta)
Gurmit – pengasah pensil
Guruih – mancis
Habaq – bagitau mai
Hamboq – bagi kaw2
Haprak – tak guna/tak boleh pakai
Haria – laungan semangat, biasanya bersorak time bola (cth: ‘haria penang haria’) klau nogori9 macam ‘joben hang joben’ la
Hambat – kejar/halau
Hangpa – engkau/korang
Hawaq – perangai tak elok
Hingaq – bising
Jamban – tandas
Jebeh – buat muka masam @ sedih Jebon – sejenis musang (atau kutukan)
Jerqah – tengking(sebab marah)
Jora – menunjuk hebat/bekeng/gedebe(kelantan) cth: hang tok sah dok buat ‘jora’ la
Julut hebiaq – mulut yang tak dak insurans
Kala**** – tepung dok makan dgn pasemboq tuu..)
Kalut – kelam kabut
Kambee – alang umah
Kami – aku/saya
Kamjat – bengang
Kanyiaq – budak higusan / seseorang yg tak berapa pandai lagi
Kapok – peluk
Katok – ketuk/pukul (dengan kayu biasanya)
Katup – tutup (pintu/botol)
Kawaq – pencuri kat kampung
Kecek – pujuk/bodek (eg: pi kecek duit kat mak)
Kedekut pait/pahit – kedekut tahap kronik
Keleh – lihat
Kelempung – paru2 daging lembu (mamak suke letak dalam mee/pasemb0q)
Kelepiaq – shake of water from body
Keloi – panggil
Kemarin – yesterday
Kemut – kedekut (orang KL pikir lain hehe)
Keras kedekiang – keras gila babas
Kerumun – mengelilingi pada sesuatu/orang
Kesut – ke sudah (cth: aku tunggu dia… dia tak mai2 sampai kesut)
Ketedarah – makan tak ingat dunia/ lapaq gila (eg:awak hang ketedarah nasi ka)
Ketegaq – degil sangat (kedah)
Ketoq – tempat basuh tangan (teko dengan dulang di kenduri2)
Koman – lekeh (lekeh tu apa?) macam takdak class la
Kona – pusing Koyak minyak – speed up for motor/ pederas
Kongkiaq – sejenis semut kepala dan taring besar
Kopek – kupas (buah)
Koyak minyak – press minyak(utk accelerate motor la)/ atau pulas minyak
Kore – banyak berkira
Kute – cubit
Lagu – macam (bukan lagu yang orang nyanyi tu) cth: lagu tu rupanya = macam tu rupanya
Latam – Pijak
Lanca – beca
Langgah – minum tak mau2/minum gelojoh la tu (cth:tak guna gelas,langgah botol terus) kedah ni
Lehiaq – leher tapi sebut pelik skit
Lekaih – cepat (cth: awat lekaih sgt nak balik)
Lekeh – koman (koman mksudnya apa pulak?) macam low class la. eg:”awat lekeh sgt tu pun taktau ka”.
Lencun/basah lencun – basah sangat(mcm seluruh badan) *refer basah lokoih kat atas
Lengai – lembab
Ligan – kejar
Likat – pekat
Lingkup – jahanam/punah
Lintaq – kilat/guruh
Loncat – lompat
Loqlaq – clumsy @ suka buat menda bukan-bukan (kedah)
Lunyai – sampai lembek (cth: belasah sampai ‘lunyai’)
Maarop Sintok – maki hamun untuk org bodoh/bangang (cth:Maarop Sintok mana la yg buang smpah kt sini)
Makan poloq – makan pelahap/gelojoh
Mampoih – mampos
Mami – mak/makcik
Mamu – pakcik
Mana aci – tak adil
Mandom – lembap/tak aktif
Manih melecaih – manis sgt2
Mankaq – isi durian yg keras tuh/makian
Mapley – pengantin lelaki kalau kat penang (klau kat KL = mamak)
Marka – awek
Mastoura – set barang kemas termasuk rantai yang loket dia sambung ke rantai
Mat Besaq – bekeng, gedebe
Meksi – jubah
Merah merengau – merah sangat terang
Melahaq – makan gelojoh (kedah)
Meluat – benci/menyampah
Melugai – meloya/perut tak selesa/ rasa macam nak muntah
Meneghas – mengulangkaji @ mengulang baca
Meneghu-meneghang – kereta lalu lalang dengan sibuk sekali (kedah ni)
Mengkala – bila (loghat kedah ni) cth: mengkala depa nak sampai ni
Menyorok – breakfast
Meqhela – gedik (gatai menqhela)
Merap – manja
Merenyam – Gatai miang jgk (klau kedah meqhenyam)
Merelop – senja
Merlit – berkilau-kilauan
Meroyak/ Meghoyak – merebak (cth:penyakit)
Merton – hammer/penukul
Morey – supper lepas semayang teraweh
Mot – tunggang
Musibat – anak hantu(kutukan)
Nalla – mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhh cth: nalla punya lawa aci tu!
Nana – abang/ utu suami pun boleh (macam nana tanjung = abang tanjung la tu)
Nangoi – budak hingusan
Nerai – sebaris (cth: Kedai tu satu nerai dengan Line Clear)
Nyok – kelapa (ayaq nyok)
Otak hang – sejenis makian (bolela penang jugak)
Panchoq – tandas
Pande – khemah
Parit ban – saliran air yang mngalir ke bendang
Parpu – kacang dal yg buat dalca tu (parpu ni bahasa melayu, tp rmai xtau sbb penang yg slalu pkai, dal/dalca tu bhs tamil)
Pasemboq – rojak mamak kalau kat KL
Pedajai – di perkenakan / terkena
Pedo – hati-hati
Pelaq – buat terok
Pepak – mengunyah atau nak hancurkan gula-gula(atau benda keras) dlm mulut
Perabih buang – makan sampai licin
Perak/peghak – heran tengok benda tak pernah jumpa(jakun)
Poduk –makan
Pokkay – sesumpah
Ponen – pondan/bapok
Ponu = pengantin perempuan (see mapley hehe)
Punggai – membaling dgn sesuatu
Pungkoq – bontot
Ragaih – panjat
Reban/Gheban – runtuh (rumah itu reban) *bukan reban ayam tu
Renjong/qhenjong – tinggi/panjang
Renyeh/qhenyeh – senyum smpai ke telinga
Reyau/qhiyau – menangis
Ronda – jalan2 (jom ronda!)
Roshom – muka masam ja
Qekah – usaha
Qhengkong – kerengkong
Sat – sekejap
Satgi – sekejap lagi
Sebek – muka sebek (muka sebelum nak mengangis)
Segan – klau bahasa buku, segan tu maksudnya malu, tapi bagi orang Penang ‘malas’
Seghiyau – takut
Seghobeh – serabai
Sekeh – luku kepala sipi2 (tak kuat sgt la)
Selepong – bercapuk, bertampung
Semalam – last nite/yesterday (yang ni ramai org KL konpius)
Semawa – menjemput
Seneqih – calar (biasanya pada body kereta)
Sengkek – pokai
Siru – berlagak
Solat lohoq – solat zuhur
Soq – sahur
Suap gula – betunang (atau adat semasa tunang)
Taboh – bantai/pukul/belasah
Tahantuak – budak tak pakai seluaq dalam, so bila depa duduk… nampak laa…
Tak celuih – tak muat
Takdan – tak sempat
Tak kelapaq – tak mau/tak hingin
Tamboq – lumpur/selut
Tanjung – belah bandar kat penang mcm georgetown kot
Taqham – dendam simpan
Tarak mau – tak mau
Taram ja – hentam saja, bedal ja
Tauk – campak
Tawaq – tawar atau tiada rasa
Tenyeh – Mengesat sesuatu eg: tenyeh mata
Terbei/teghebei – lastik
Tergheliat –terseliuh
Terpereluih – terperosok
Tetomoih – digunakan untuk jatuh yang teruk (jatuh tetomoih)
Tibai – balun/pukul/sebat
Toksah – jangan
Tokua – tauhu
Tok yu – kicap
Tokak – gigit (tapi dengan bukak mulut besar2)
Tonyoh – gosok/tenyeh dengan kuat
Toya – (muka)/perangai
Toya Mat Amin – perlian, kutukan (yang ni lawak, tak pasal2 mat amin mana tah kena)
Tuntun – maknanya lebih kurang mcm tolak…sesuai digunakan utk basikal,motor
Ubi mengala – ubi kentang
Usha – survey/lihat (cth: jom ‘usha’ marka tu)
Ya’apur seyre – trouble maker (rujuk Anak Mami movie)
**** mamak – sejenis buah… femes gak buah ni…

Note: Ok, sekian. Kalau ada lagi vocab baru,aku akan update. Dan sapa2 yg rasa nak tlong contribute, silakan sangat2 heheh. Next time aku akan tulis pasal keunikan negeri Penang kot, apa yang best dan kesentimentalan dia. Chow!
Sebelum tu, jom enjoy lagu ‘Penang Kita’ by Crosstown, lagu old skool nih, fames dulu. Habis semua tempat kat Penang dia cerita. klakar, tapi tetap best!

Selasa, 19 Mac 2013

contoh dapatan kajian PBS P.AM


                                                                                                                            941104-02-  Pendapatan bulanan responden
Carta 2: Menunjukkan Peratusan Pendapatan Responden di Kampung Sungai Limau
Sumber: Kajian Lapangan

Carta 2 menunjukkan peratus bagi responden di Kampung Sungai Limau yang terlibat dalam perniagaan kedai runcit.Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, didapati pendapatan RM1000 hingga RM2000 menjadi majorti dengan bilangan 15 orang (%). Hal ini kerana perniagaan mereka mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat.Selain itu, perniagaan mereka juga menyediakan pelbagai pilihan barang dan hampir memenuhi kesemua keperluan asas masyarakat tersebut. Sesetengah peniaga juga bercuti pada hari jumaat dan hal ini mengurangkan pendapatan mereka. Selain itu, pendapatan RM1000 kebawah menunjukkan peratusan sebanyak 23.33% dengan bilangan seramai 7 orang. Hal ini kerana perniagaan mereka kurang mendapat sambutan daripada masyarakat kerana kedai runcit mereka tidak menyediakan pelbagai jenis pilihan barang untuk keperluan asas masyarakat. Oleh itu, masyarakat akan memilih kedai yang menyediakan pelbagai jenis pilihan untuk keperluan asas mereka. Hal ini mungkin kerana mereka tidak mempunyai modal yang besar dalam menjalankan perniagaan mereka.Selain itu, peniaga ini juga berniaga di tempat yang kurang strategik. Kedai runcit mereka mungkin berada di hujung kampung dan menyebabkan pelanggan tidak pergi ke kedai mereka.Peniaga juga tidak membri layanan yang mesra kepada pelanggan.Mereka tidak memberi senyuman kepada pelanggan dan hal ini akan menyebabkan pelanggan tidak berasa gembira untuk pergi ke kedai mereka.Peniaga juga tidak membersihkan kedai mereka dan menyusun barang-barang di tempat yang lebih mudah untuk dicari oleh pelanggan.Kedai yang kotor juga akan menyebabkan pelanggan tidak pergi ke kedai mereka seperti barang-barang yang dijual kelihatan berhabuk dan lama.Pelanggan akan beraggapan barang tersebut telah tamat tarikh luput dan boleh menyebabkan mereka akan mendapat penyakit.Seterusnya, pendapatan RM2000 keatas menunjukkan peratusan sebanyak 26.67% dengan bilangan seramai 8 orang. Hal ini kerana peniaga menyediakan kesemua jenis barang-barang keperluan mereka.Hal ini akan menyebabkan lebih ramai pelanggan akan memilih kedai mereka dan keuntungan mereka akan meningkat. Selain itu, mereka juga mempunyai pendapatan sampingan seperti menjual makanan dan minuman segera di pinggir jalan.Hal ini dapat meningkatkan pendapatan mereka.Selain itu, mereka juga pandai mengambil hati pelanggan dengan member senyuman dan pandai bercakap dan hal ini akan menyebabkan pelanggan akan berasa gembira dengan mereka.Selain itu, kedai mereka kelihatan bersih dan barang-barang disusun dengan kemas dan teratur,hal ini akan menyebabkan lebih ramai pelanggan yang akan datang ke kedai mereka kerana barang-barang lebih mudah untuk dicari dan dapat meningkatkan keuntungan kedai mereka seterusnya meningkatakan pendapatan mereka.Kajian ini juga mendapati pendapatan tersebut disebabkan oleh kedudukan kedai mereka yang strategik kerana berada di tengah-tengah kampong, dan masyarakat akan tertumpu ke kedai mereka. Oleh itu, perniagaan runcit ini banyak memberi kepentingan kepada peniaga dan juga mendatangkan masalah kepada peniaga dalam sumber pendapatan mereka.

                                                                                                                             941104-02-
5.1.1    Jantina responden  
Carta 1: Menunjukkan Peratusan Umur Responden di Kampung Sungai Limau
Sumber:Kajian Lapangan

Carta 1 menunjukkan peratusan umur responden di Kampung Sungai Limau yang terlibat dalam perniagaan kedai runcit.Daripada hasil kajian yang telah dijalankan mendapati majoriti responden yang telah menjawab soalan ini ialah lelaki dengan peratusan sebanyak 86.67% dengan bilangan seramai 26 orang.Hal ini menunjukkan lelaki lebih ramai terlibat perniagaan kedai runcit dan lelaki juga mempunyai tenaga dalam melakukan kerja dalam kedai runcit. Peniaga terpaksa mengambil barang bagi peniaga yang tidak tahu dimana barang tersebut berada. Peniaga lelaki juga lebih pandai untuk melayan karenah pelanggan yang pelbagai dan pandai mengambil hati pelanggan. Hal ini akan menyebabkan sesetengah pelanggan lebih suka untuk datang ke kedai mereka kerana mereka akan dilayan dengan baik. Peniaga lelaki juga dapat membantu pelanggan untuk mengangkat barang-barang mereka ke kenderaan mereka.Sesetengah pelanggan tidak mampu untuk mengangkat barang yang dibeli kerana terlalu banyak barang yang dibeli dan terlalu berat.Oleh itu peniaga lelaki dapat membantu untuk mengangkatnya.

Sabtu, 23 Februari 2013

LAGI Folio P.AM tgktn 6 penggal 2


PANDUAN KE YAN
PETA DAERAH YAN

Description: peta daerah Yan



TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD : PENGAJIAN AM 4 (900/4)
CABARAN DAN LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN RUNCIT DI SEKITAR PEKAN GUAR CHEMPEDAK, KEDAH



TAJUK


MUHAMMAD


NAMA CALON


940226-02-

NOMBOR
KAD PENGENALAN

SK0801/1068

ANGKA GILIRAN




SMK PENDANG, 06700 PENDANG KEDAH.



ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON




NAMA GURU/PENILAI





TANDATANGAN
GURU/PENILAI

14 APRIL 2013


TARIKH





MARKAH


TERHAD

Penghargaan                                                                                           
Saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya di atas sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kepada guru pengajian am saya saya iaitu Cikgu Nazri Bin Ismail yang telah memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Tuan Pengetua kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan kemudahan yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Akhir sekali kepada rakan-rakan sekelas kerana saling membantu dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan
1.0 Pengenalan
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. Terdapat empat konsep asas dalam perniagaan. Antaranya ialah barangan dan perkhidmatan. Dalam konteks ayat ini, barangan merupakan produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian, dan sebagainya. Manakala perkhidmatan pula ialah aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya. Konsep yang seterusnya ialah untuk memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Kehendak pula merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. Bagi mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan serta kehendak pelanggan. Konsep asas perniagaan yang ketiga ialah pertukaran nilai. Hal ini merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang. Proses ini juga melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli. Konsep yang terakhir ialah keuntungan perniagaan. Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan juga merupakan hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat. Keuntungan merupakan kayu ukur kejayaan dan ganjaran bagi sesebuah perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
Proses perniagaan pula ialah aktiviti tambah nilai dalam proses transformasi terhadap input-input pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Input ialah faktor-faktor pengeluaran yang digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan yang dapat memberi keuntungan terhadap perniagaan tersebut. Proses transformasi yang berlaku di dalam sesebuah perniagaan pula ialah proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output. Output ialah barangan atau perkhidmatan yang telah dihasilkan atau hasil akhir organisasi. Terdapat 3 peringkat di dalam proses perniagaan. Yang pertama ialah membangunkan pengeluaran iaitu membangun keluaran, menguruskan permintaan dan memenuhi pesanan. Dalam proses membangun keluaran, pengenalpastian terhadap keluaran yang dikeluarkan amatlah diperlukan. Kepuasan dan keperluan pengguna hendaklah diambil kira bagi memudahkan urusan perniagaan.Selain itu, melakukan perubahan keluaran yang sedia ada dari segi penambahan fungsi kegunaan, peningkatan mutu keluaran, bentuk keluaran serta menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu keluaran. Dalam usaha menguruskan permintaan, minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran harus diperolehi dengan cara yang bernas. Aktiviti yang boleh dilakukan pada peringkat ini ialah membuat penyelidikan pasaran, menjalankan promosi dan pengiklanan dan melakukan aktiviti jualan yang efektif. Kemudian, bagi memenuhi pesanan pelanggan, barangan yang dipesan haruslah dipastikan supaya tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan. Hal ini merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan proses pengeluaran, pemasangan, penyimpanan, dan penghantaran barang ke pengguna. Penjadualan pengeluaran juga harus tepat supaya pesanan tidak tergendala selain perkhidmatan selepas jualan yang perlu disediakan.
Perniagaan runcit merupakan salah satu jenis perniagaan yang dilakukan oleh para peniaga bagi memperoleh keuntungan melalui jualan barangan runcit kepada para pembeli. Perniagaan runcit kebanyakannya lebih murah daripada perniagaan besar yang dilakukan di bandar-bandar besar terutamanya. Perniagaan runcit selalunya dijalankan di kawasan yang mempunyai penduduk sederhana ramai seperti di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Para pembeli lebih tertumpu untuk membeli barangan keperluan harian mereka di kedai-kedai runcit bersesuaian dengan pendapatan mereka yang sederhana dibandingkan dengan penduduk di bandar-bandar besar yang penduduknya berpendapatan lebih tinggi. Kerajaan juga telah memberi banyak intensif kepada para peniaga runcit dalam usaha untuk memajukan perniagaan mereka selaras dengan matlamat negara untuk memajukan ekonomi rakyat Malaysia. Usaha ini telah membantu para peniaga runcit untuk memajukan perniagaan mereka setaraf dengan peniaga di bandar-bandar besar. Perniagaan runcit juga menjadi semakin sengit di kalangan peniaga yang berpusu-pusu berusaha meningkatkan ekonomi mereka.
Perniagaan runcit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Perniagaan akan membentuk interaksi antara satu sama lain, cara manusia berfikir, cara manusia bekerja, cara manusia berbelanja, dan mempengaruhi kehidupan aktiviti seharian. Perniagaan runcit merupakan satu bidang yang cukup mencabar. Cabaran demi cabaran akan dihadapi oleh pemilik kedai runcit yang menceburi bidang ini sebelum mencapai kejayaan. Bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum, beberapa perkara perlu diambil kira seperti persaingan, pengguna dan politik. Ahli perniagaan hendaklah bijak menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan hal ini akan menjadikannya lebih dikenali dan mendapat sambutan daripada masyarakat. Skop perniagaan kini juga semakin meluas dan tanpa sempadan. Jika dahulu sistem barter, iaitu sistem pertukaran barang dengan barang yang dikehendaki. Kini wang atau nilai perantaraan digunakan untuk memudahkan proses urus niaga. Persekitaran perniagaan yang pantas berubah akan menjadi satu cabaran kepada peniaga dalam merancang strategi yang sesuai dan terbaik untuk menghadapi cabaran dan masalah tersebut.
Perniagaan runcit merupakan aktiviti untuk mendapatkan keuntungan dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memuaskan kepeluan dan kehendak pelanggan. Ia berkaitan dengan proses jual beli yang melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan pembeli (pembayaran wang). Barangan dan perkhidmatan merupakan nilai yang dimiliki oleh penjual. Sementara itu, wang ialah nilai yang dimiliki oleh pembeli. Matlamat penjual adalah untuk mencapai keuntungan, manakala matlamat pelanggan pula adalah untuk memuaskan kehendak dan keperluan mereka. Perniagaan runcit dimiliki seorang pemilik sahaja. Pemilik entiti ini akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemajuan dan kemunduran perniagaannya. Segala perancangan dan operasi perniagaan adalah menjadi tanggungjawab pemilik. Semua keputusan berhubung dengan perniagaan dibuat oleh pemilik. Pemilik juga akan menanggung segala kerugian perniagaan. Pembayaran cukai atas keuntungan juga merupakan tanggungjawab pemilik.  Kebanyakan peniagaan kecil di Malaysia ini ditubuhkan dalam bentuk pemilikan tunggal. Perniagaan jenis ini biasanya memulakan operasi dengan modal yang agak kecil. Perniagaan jenis ini perlu mendaftar di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978).
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

2.0 Objektif Kajian
1)      Mendefinisikan konsep  perniagaan runcit dodol Ramlah Zul di Pekan Tanah Merah,      Kedah
2)      Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan dodol di Pekan Tanah Merah, Kedah
3)      Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan dodol Ramlah Zul di Pekan Tanah Merah, Kedah
4)      Menghuraikan kesan negatif perniagaan dodol Ramlah Zul di Pekan Tanah Merah, Kedah
5)      Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan dodol Ramlah Zul di Pekan Tanah Merah, Kedah
3.0 Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di kawasan sekitar Pekan Tanah Merah,Pendang. Lokasi ini dipilih bertujuan untuk memudahkan saya menjalankan kajian kerana berdekatan  dengan tempat tinggal saya.. Selain itu kawasan ini dipilih kerana penduduknya yang sudah mengenali diri saya seterusnya akan memudahkan urusan saya dalam dalam usaha menyiapkan kajian ini. Hal ini juga seterusnya dapat memudahkan saya bagi menemui dan berkomunikasi  dengan responden bagi menjalankan kajian ini.Kawasan ini juga dipilih kerana terdapat banyak kedai runcit yang dibina di sini. Maklumat tambahan yang pelbagai akan mudah untuk diperolehi dengan adanya banyak kedai runcit di sekitar kawasan ini.

4.0 Kaedah Kajian
4.1          Penyelidikan Perpustakaan
Beberapa buah perpustakaan telah dilawati untuk mencari maklumat mengenai perniagaan. Pembacaan surat khabar, majalah, buletin, penulisan dan kajian terdahulu telah memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai perniagaan. Semua info berkaitan perniagaan runcit yang dijumpai telah dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menyiapkan kajian ini. Laman web yang berkaitan dengan perniagaan runcit juga telah saya lawati bagi mendapatkan maklumat yang perlu berkaitan dengan kajian saya ini. Saya telah melayari internet dan mengumpul sebanyak mana maklumat yang ada mengenai perniagaan runcit yang dijalankan di Malaysia melalui pencarian google map dan sumber sumber terpilih. Beberapa laman web telah dilawati bagi mendapatkan dan mengumpulkan maklumat mengenai perniagaan runcit ini. Semua bukti yang dijumpai dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menyiapkan kajian ini.  Penekanan diberikan kepada fakta yang tepat dan penghuraian fakta yang baik dengan menggunakan sumber-sumber yang sahih. Oleh itu, sumber primer dapat ditambah dengan  pengesahan sumber melalui jurnal, fail, serta laporan akhbar yang lalu.
4.2          Soal selidik
Beberapa orang responden telah ditemui di sekitar kawasan kajian bagi menjawab beberapa soalan mengenai perniagaan runcit. Beberapa soalan telah dikemukakan kepada semua responden bagi mendapatkan maklumat yang penting dan tepat serta komen mereka  terhadap perniagaan runcit yang dijalankan di sekitar pekan Tanah Merah. Seramai sepuluh orang responden telah dipilih secara rawak mengikut kaum dan jantina seterusnya ditemubual bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan yang diajukan berkisar mengenai faedah yang mereka peroleh dengan perniagaan runcit jika dibandingkan dengan cara perniagaan yang lain. Mereka juga ditanya mengenai kualiti barangan yang dijual secara runcit dibandingkan dengan barangan yang dijual menggunakan cara perniagaan yang lain. Semua jawapan yanag diberikan oleh responden dijadikan sebagai sumber dalam usaha untuk menyiapkan kajian mengenai perniagaan runcit ini. Borang kaji selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan boring soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan keputusan responden yang berbeza-beza. Hal ini memudahkan pengkaji menilai dan menganalisis keputusan yang diberikan oleh responden. Di samping itu, boring kaji selidik terbuka merupakan rasional yang bebas memberikan pelbagai pendapat. 

4.3          Kajian Lapangan
Dalam kaedah ini, kawasan kajian akan dilawati bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Pemerhatian telah dilakukan di sekitar kawasan kajian iaitu dengan menfokuskan kepada tahap penerimaan pengguna terhadap perniagaan runcit. Rakaman telah dilakukan menggunakan perakam video atau pita kamera bagi merakam gambar para penduduk di sekitar pekan Tanah Merah yang menerima cara perniagaan secara runcit. Rakaman yang telah dibuat akan dijadikan sebagai bukti dan sumber rujukan mengenai penerimaan pengguna serta cara peniaga mendapatkan kepercayaan daripada pengguna terhadap perniagaan runcit yang mereka jalankan. Semua gambar dan video berkenaan perniagaan runcit menjadi sumber bagi menyiapkan kajian ini. Selain itu, dari segi aspek lain, kepentingan perniagaan runcit terhadap pengguna di sekitar kawasan kajian juga dapat dikenalpasti melalui kaedah yang telah dijalankan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memudahkan urusan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan ini.
4.4 Temubual
Kaedah lain yang digunakan bagi menjalankan kajian ini ialah kaedah temubual. Kaedah temubual ialah dimana pengkaji akan menyuarakan beberapa soalan kepada responden mengenai perniagaan runcit. Seramai 10 orang responden yang berpengalaman dalam bidang ini telah ditemubual. Beberapa soalan mengenai perniagaan runcit yang dijalankan juga telah diajukan kepada mereka. Ketika soal temubual berlangsung, sumber yang sahih telah digunakan sebagai rujukan dan tahap kebenaran mengenai perniagaan runcit yang mereka jalankan. Soalan yang diajukan hanyalah berkisar mengenai perniagaan runcit seiring dengan tujuan kajian dijalankan. Semua responden yang dipilih merupakan para peniaga yang menjalankan perniagaan secara runcit di sekitar pekan Tanah Merah. Mereka telah dipilih secara rawak mengikut kaum dan jantina yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Semua responden juga telah dikenalpasti tahap pengalaman berniaga secara runcit berdasarkan umur serta jawapan yang mereka berikan pada setiap soalan yang diajukan. 

5.0 Dapatan kajian

5.1   Konsep Perniagaan Runcit
        Merujuk pada kamus dewan, perniagaan runcit ialah perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan. Perniagaan runcit menggunakan modal yang sederhana untuk membuka sebuah kedai. Perniagaan runcit kecil-kecilan ialah perniagaan yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir.
        Manakala buku perdagangan tingkatan empat telah menjelaskan perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit melalui kaedah pembungkusan. Seterusnya, perlebelan harga juga menjadi tugas pemilik kedai runcit untuk menjual barang dengan harga yang berpatutan kepada pengguna terakhir. Peruncit juga mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna. Tugas peruncit termasuklah aktiviti memecah pukal dan memperagakan barang kepada pengguna untuk memajukan perniagaanya bagi mendapatkan keuntungan.
        Di samping itu, peruncit juga menjual barangan kegunaan isi rumah seperti barang konsumer kepada pelanggan. Barang konsumer merupakan barang siap yang boleh digunakan terus oleh pengguna terakhir. Barang konsumer ini juga merupakan barang keperluan seharian pengguna. Barangan konsumer yang dibeli oleh pengguna adalah bertujuan untuk kegunaan sendiri bukan untuk kegunaan perniagaan. Contoh barang konsumer ialah gula, minyak, sabun dan sebagainya.