Translate

Jumaat, 15 Mei 2015

8 Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Malaysia



Bagi rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia, negara ini mungkin bagi hanyalah sebuah negara biasa yang diduduki oleh lebih kurang 30 juta manusia. Tetapi tahukah anda sebenarnya banyak benda menarik yang terjadi di negara kesayangan kita ini.

Kali ini kami bawakan beberapa fakta yang mungkin belum anda ketahui tentang negara ini.

1 - Serangga Terpanjang di Dunia Dijumpai di Sabah

Percaya atau tidak, serangga terpanjang yang pernah dijumpai di dunia adalah di Sabah. Serangga yang dikenali sebagai "Serangga Ranting Kayu" atau "Stick Insect" ini dijumpai di tengah-tengah Borneo dan mempunyai ukuran sepanjang 22 inci.


2 - Stesen Keretapi Kuala Lumpur Dibina Untuk Tahan dari Kesejukan Musim Salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebenarnya dibina dengan ciri tahan dari musim salji dimana sekiranya musim salji melanda Malaysia, stesen itu masih boleh berfungsi. Atap bangunan itu juga dibina supaya mampu menampung berat salji sehingga 2 kaki.

Kenapa ia dibina sedemikian rupa? Ianya kerana pada waktu ia dibina, Malaysia masih lagi dibawah British. Jadi bangunan itu dibina mengikut piawaian dari pihak berkuasa British yang dikenali sebagai "British Standard".


3 - Terdapat 140 bahasa yang digunakan di Malaysia 

Jumlah bahasa pertuturan di Malaysia adalah sebanyak 140 jenis bahasa termasuklah dialek-dialek seperti dialek Kelantan, Kedah dan juga bahasa yang digunakan oleh mereka yang tinggal di pendalaman. Menurut sebuah buku yang bertajuk "Language Policy Challenges in Multi-Ethnic Malaysia" oleh Saran Kaur Gill, 138 bahasa masih lagi digunakan manakala dua lagi sudah pupus.

4 - Sarang lipas terbesar di dunia ada di Malaysia

Lipas memang terkenal dengan cirinya yang tahan sehinggakan boleh lagi hidup walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear. Tapi dimanakah tempat yang paling banyak lipas di dunia?

Jawapannya adalah di Gua Gomontong, Sabah. Sekiranya anda kesana, anda pasti boleh melihat sekumpulan lipas sedang berlari-larian di atas lantai dan juga dinding gua. Jika anda penggemar lepas, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan lipas-lipas ini!

5 - "Hello all, I'm Malaysian"
Orang Malaysia akan membahasakan diri mereka sebagai "Malaysian" bila berada di luar negara tetapi apabila berada di dalam negara, orang Malaysia suka membahasakan diri mereka dengan bangsa seperti "Melayu", "Cina" atau India.

6 - Perkataan "Ringgit" berasal dari perkataan "Bergerigi"
Agak mengejutkan apabila perkataan "Ringgit" yang biasa kita guna untuk membahasakan mata wang kita sebenarnya merujuk kepada perkataan "Bergerigi". Perkataan Ringgit dulunya merujuk kepada gerigi-gerigi yang terdapat di hujung duit perak Sepanyol (Wikipedia) yang diedarkan secara meluas pada zaman dulu.

Gerigi padaduit perak sepanyol
Beringgit-ringgit adalah kata kerja bagi bergerigi.(Menurut Kamus Dewan edisi ke-4)

7 - Kim Jong-Un, pernah diberi Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi oleh sebuah Universiti di Malaysia

Siapa sangka, biarpun pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un dilabel sebagai kejam, dia pernah mendapat Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi. Dan yang lebih memeranjatkan, Universiti yang bertanggungjawab menyampaikan anugerah itu adalah HELP University Malaysia.

Walaupun begitu, Kim Jong-Un hanya diwakili oleh duta Korea Utara ke Malaysia. Majlis tersebut diadakan pada 3 Oktober 2013 di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.


8 - Orang Malaysia Tanggal Selipar Sebelum Masuk Rumah, Mat Salleh Pelik.
Budaya Malaysia sememangnnya mengajar kita supaya membuang selipar atau kasut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Tetapi, budaya yang kita anggap sebagai asas ini sebenarnya dipandang unik oleh orang asing.

Memetik satu artikel dari laman web pelancongan terkenal tripadvisor.co.uk, pelancong diberi "amaran" supaya bersiap sedia untuk belajar menanggalkan selipar sebelum masuk ke rumah orang Malaysia. Ini jelas menunjukkan betapa budaya ini menjadi satu "benchmark" untuk orang Malaysia.

SUMBER : - Siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan