Translate

Sabtu, 23 Februari 2013

Folio PBS P.AM tgktn 6 penggal 2


PANDUAN KE YAN
PETA DAERAH YAN

Description: peta daerah Yan





BORANG KAJI SELIDIK BAGI MENGENAL PASTI KEPENTINGAN MESIN PADI SEBAGAI PENGANGKUTAN UTAMA DALAM PROSES PENUAIAN PADI  KEPADA PESAWAH  DAN MENGENAL PASTI MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI OLEH  PESAWAH TERSEBUT.

BAHAGIAN A: Latar belakang responden.
Arahan:Tandakan (√) pada kotak yang berkenaan.

Umur:………………
Jantina:Lelaki
                  
            Perempuan

Bangsa:Melayu

             Cina


Tahap Pendidikan:STPM/SPM                                      Ijazah


                              Diploma                                       Lain-lain………………



Status Perkahwinan:Bujang                                            Berkahwin


Bilangan Isi Rumah………………………….
Pendapatan Sebulan RM………………….....








BAHAGIAN B
Arahan:Tandakan (X) pada petak YA atau TIDAK bagi soalan yang berikut
Bil.
Soalan
Ya
Tidak
1
 Adakah anda sentiasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan mesin padi untuk proses penuaian padi ?
2
Adakah mesin padi disewa dan bukan milik sendiri?
3
Adakah bayaran perkhidmatan mesin padi yang dikenakan mahal ?
4
Adakah perkhidmatan mesin padi mempercepatkan kerja-kerja menuai padi?
5
Adakah perkhidmatan mesin padi yang anda gunakan sering menghadapi masalah kerosakan ketika musim menuai padi ?
6
Adakah anda mengalami kerugian ketika mesin padi rosak sewaktu menuai padi ?
7
Adakah sukar bagi anda untuk mendapatkan perkhidmatan mesin padi?
8
Adakah jentera mesin padi merosakkan jalan raya di kawasan anda ?
9
Adakah mesin padi menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan anda ?
10
Adakah bunyi mesin padi yang kuat mengganggu ketenteraman anda semasa musim menuai padi ?
           
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN MAKLUM BALAS ANDA….








KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah kajian dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang masalah utama yang dihadapi oleh pesawah di Kampung Sungai Daun ketika menggunakan perkhidmatan mesin padi pada musim menuai dan kepentingan mesin padi terhadap mereka.Antara kaedah yang digunakan ialah pemerhatian,temu bual,soal selidik dan rujukan.
1)PEMERHATIAN
    Pemerhatian digunakan sebagai salah satu alternatif ketika menjalankan kajian ini.
    Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian di lokasi kajian iaitu di Kampung Sungai Daun.Sepanjang Januari hinggan Februari 2013.Sepanjang pemerhatian selama sebulan,kajian ini mendapati bahawa mesin padi merupakan penggangkutan utama bagi pesawah untuk proses penuaian padi di kampung tersebut.
2)TEMU BUAL
    Temu bual merupakan salah satu kaedah yang penting dalam setiap kajian.Kajian ini juga melibatkan beberapa sesi temu bual.Temu bual yang dijalankan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan pesawah di kampung tersebut.
3)SOAL SELIDIK
    Soal selidik merupakan kaedah penting dalam melakukan kajian.Kajian ini melibatkan beberapa segi.Soal selidik yang dilakukan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan pesawah di Kampung Sungai Daun.
4)RUJUKAN
    Rujukan adalah salah satu kaedah ketika melakukan kajian.Kajian ini memerlukan rujukan daripada pelbagai sumber.Antaranya ialah daripad internet iaitu sumber utama bagi kajian ini.Selain itu rujukan juga turut dibuat daripada buku-buku rujukan.






LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian telah dijalankan di Kampung Sungai Daun  yang terletak di dalam Daerah Yan.Daerah Yan berada di bawah Parlimen Jerai di Negeri Kedah,Darul Aman.Mengikut sejarah sebutan Yan berasal daripada penghujung perkataan ‘Sendayan’ iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan itu suatu ketika dahulu.Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan daripada buah ‘Durian’.Walaubagaimanapun Daerah Yan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Daerah Yan mula di buka secara rasmi pada 1904 bersamaan dengan 1324 hijrah yang ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al Qadri.Mengikut data pada tarikh kemaskini 1 Mac 2011 keluasan pentadbiran Majlis Daerah Yan seluas 246.07km persegi.Tahun 2011 jumlah keseluruhan penduduk di daerah Yan adalah seramai 62519 orang pada tarikh kemaskini 1 Mac 2011.Manakala jumlah bagi mengikut etnik pada tahun 2010 jumlah penduduk warganegara Malaysia seramai 63.1 ribu orang,jumlah penduduk bumiputra lain seramai 0.02 ribu orang,jumlah penduduk kaum Cina seramai 4.4 ribu orang,jumlah penduduk kaum India seramai 0.09 ribu orang,jumlah penduduk bukan warganegara Malaysia seramai 0.7 ribu orang.Selain itu,terdapat beberapa buah kampung yang terletak berdekatan dengan Kampung Sungai Daun dalam daerah Yan.Antaranya ialah Kampung Sungai Dedap,Kampung Sungai Kering,Kampung Pisang,Kampung Selengkoh,Kampung Sungai Limau dan kampung-kampung lain.sehubungan dengan itu,terdapat juga beberapa buah sekolah menengah harian dan sekolah rendah harianserta sekolah agama harian yang berada di kawasan Daerah yan.Antaranya ialah MSK,Sungai Limau,SMK.Dulang,SMK,Yan,SMA,Sungai Limau,SMK Agama Yan ,SK.Simpang Tiga Sungai Daun,SK.Sungai Daun Tengah,SK.Sungai Limau dan lain-lain.
   Seterusnya,Kampung Sungai Daun merupakan kampung yang terdekat dengan kawasan kajian saya iaitu kampong halaman saya sendiri.Kampung Sungai Daun mempunyai penduduk yang majoritinya adalah kaum melayu dan hanya sebahagian kecil sahaja terdapat kaum cina.Jadi tidak hairanlah pekerjaan utama bagi penduduk kampung tersebut adalah pesawah dan peniaga.Bagi anak-anak kampung tersebut yang masih bersekolah,jarak untuk ke sekolah dari Kampung Sungai Daun ialah sejauh 5 kilometer manakala bagi yang bekerja jarak untuk ke Bandar-bandar yang berdekatan dengan kampung tersebut adalah 35 kilometer untuk ke Alor Setar.Jarak untuk ke Sungai Petani dari Kampung Sungai Daun adalah sejauh 48 kilometer.Kampung Sungai Daun juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan masyarakat di kampung tersebut.Antaranya ialah perhentian bas,shell minyak.kedai-kedai runcit dan sebagainya bagi memenuhi keperluan harian mereka yang tinggal di situ.





940214-02-5917
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan berdasarkan objektif yang berikut
1) Mengenal pasti kepentingan penggunaan perkhidmatan mesin padi untuk proses penuaian                padi.
2)Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pesawah untuk menggunakan perkhidmatan mesin padi bagi proses penuaian padi.






940214-02-5917
                                                   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan