Translate

Khamis, 8 November 2012

Usahawan Beri Hadiah Pulau Pada Penduduk


Usahawan Beri Hadiah Pulau Pada Penduduk
Usahawan Beri Hadiah Pulau Pada Penduduk - London : Anda ingin menjadi pemilik sebuah pulau? Maka anda perlu menetap di Pulau Scalpay kerana pemiliknya ingin memberikan pulau itu kepada penduduknya sebagai hadiah kepada mereka.
Insan bermurah hati itu ialah seorang usahawan yang juga pemilik restoran, Fred Taylor, yang mewarisi harta berkenaan daripada bapanya, John Taylor yang merupakan seorang arkitek dan membeli pulau tersebut pada 1980-an.
Fred, yang menetap di London, diberikan hak ke atas pulau berkenaan selepas kematian bapanya pada 1998.
Bagi membolehkan hadiah berkenaan diberikan secara adil, penduduk di pulau berkenaan perlu mengundi untuk dilantik sebagai pemerintah di situ.
Fred, yang kerap mengunjungi pulau berkenaan telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada 322 penduduk di situ bagi menggalakkan mereka menentukan sendiri kehidupan mereka.
Ia merupakan pemberian hadiah paling besar yang pernah diadakan di Scotland.
Bapanya, John membeli pulau berkenaan pada 1976 dan sering mengunjungi pulau tersebut dua kali setahun bersama dengan mendiang isterinya, Sue.
Namun selepas kematiannya, dia telah menyerahkan pulau itu kepada Fred, bersama dengan sebuah lagi pulau berhampiran, Sgeotasaigh, yang dibeli pada 1965.
Bagaimanapun Fred mengekalkan pulau Sgeotasaigh dan bercadang menetap di situ selepas membina rumah di pulau berkenaan.
Setakat ini tiada penghuni yang menghuni pulau Sgeotasaigh.
Dalam pada itu, seorang penduduk, Alasdair Allan berkata, keputusan Fred itu amat dialu-alukan kerana selain memberikan peluang baru kepada penduduk setempat, ia juga membolehkan pembangunan ekonomi dijalankan.
“Antara cadangan utama ialah membangunkan perniagan kecil dan setakat ini tiga penduduk tempatan telah dikenal pasti untuk menjalankannya,’’ katanya.
Pulau Scalpay, pernah menjadi pusat tangkapan ikan pada 1970-an namun kegiatan berkenaan semakin berkurang, malah peluang pekerjaan juga tidak banyak. – MyNewsHub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan