Translate

Selasa, 13 November 2012

8 Cara Luahkan Isi Hati


8 Cara Luahkan Isi Hati
Bukan senang ingin meluahkan isi hati, apatah lagi jika takut bahasa atau ayat yang digunakan tidak kena gaya dan akan mengguris hati seseorang. Bak kata pepatah, ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padanya.’ 
 
Oleh itu, kita harus menjaga tutur kata supaya apa yang ingin diluahkan itu bukan saja dapat didengar dengan baik, tetapi juga tidak akan menyakiti hati sesiapa, tidak kiralah kepada kawan mahupun kekasih. Kalau tidak berani meluahkan apa yang terbuku di hati, sudah pasti sesuatu perhubungan itu tidak dapat berjalan dengan baik, maklumlah masing-masing menyimpan perasaan. Oleh itu, jangan takut untuk menerima kenyataan, luahkan sahaja isi hatimu kepada si dia dengan yakin.
 
  • Beristigfar dan berselawat ke atas Nabi s.a.w agar dijauhkan daripada hasutan syaitan.
  • Meminta maaf terlebih dahulu jika ia melibatkan orang lain. Dan nyatakan, ini adalah luahan hati kamu.
  • Penyampaian boleh juga dengan cara bersahaja, seolah-olah ia tidak serius. Seandainya bagi orang yang tidak mudah menangkap maksud, hendaklah disampaikan dalam bahasa yang lembut dan berterus terang (tidak berkias).
  • Seeloknya ada orang lain sebagai saksi, sekurangnya tidak timbul cerita lain di belakang  kamu kelak. Tetapi pastikan orang itu betul-betul boleh dipercayai. Bukannya seorang si pembawa mulut.
  • Pilihlah kawasan persekitaran yang sesuai aman dan tenang. (bukannya di khalayak ramai)
  • Ketika ingin menyampaikan atau ingin meluahkan isi hati, kamu hendaklah sentiasa mengawal emosi.
  • Maklumkan bahawa perkara itu hanya berakhir setakat itu, jangan pula kamu hebah-hebahkan kepada orang lain yang tidak berhak mengetahuinya. Anggaplah itu sebagai suatu rahsia.
  • Tidak dinafikan selepas kamu berterus terang, orang itu akan menjauhkan diri daripada kamu. Jangan biarkan perkara itu berlarutan kerana akan berlaku permusuhan pula. jadi, andalah yang harus memainkan peranan kerana mungkin dia merasa malu dan rendah diri. Apabila bertemu, hendaklah sentiasa menegur atau memberi salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan