Translate

Jumaat, 5 Oktober 2012

Keajaiban Astronomi Sejak Ribuan Tahun


Mungkin ada sebahagian kita tidak mengetahui tentang keajaiban astronomi yang mana telah wujud sejak ribuan tahun. Untuk makluman, pada hari pertama Tahun 2010, telah terjadi keajaiban yang diperkatakan oleh para ahli astronomi sebagai peristiwa pertama yang berlaku sejak ribuan tahun. Selain itu, dalam 15 hari pertama tahun baru, kita masih dapat melihat hujan meteor, serta pemandangan ajaib dari gerhana matahari yang juga sudah lama tidak berlaku.



Gerhana Bulan Ketika Blue Moon

Gerhana bulan pada kali ini terjadi pada 1 Januari 2010 pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia. Seluruh proses telah berlangsung selama satu jam. Gerhana pada kali ini sangat menarik kerana ia berlaku ketika fenomena di panggil Blue Moon. Fenomena ini amat jarang berlaku iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Lebih menarik, fenomena ini juga sangat jarang berlaku pada awal tahun baru Masihi iaitu setiap 19 tahun. Mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan gerhana bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Semasa kejadian ini, Jakim, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur mengadakan Program Pencerapan gerhana bulan separa di perkarangan Masjid Negara.

Gerhana Matahari Cincin

Pada 15 Januari 2010 (Jumaat) pula berlaku satu fenomena alam yang cukup menakjubkan iaitu gerhana matahari Cincin (Annular). Gerhana Matahari Cincin pada kali ini telah merentasi 300 kilometer permukaan bumi. Bayangan bulan akan menyentuh daratan Afrika dan menuju ke pulau Maldives yang terletak di Lautan Hindi.

Negara Maldives merupakan tempat gerhana yang terlama mencapai tempoh annulariti iaitu sekitar 10 minit dengan koordinat longitude 73d 29m 00s Timur dan latitude 4d 10 m 00s Utara dengan ketinggian dari aras laut sekitar 10 meter. Gerhana Matahari Cincin ini memiliki tempoh annulariti yang paling lama dalam abad ini dan ia merupakan gerhana matahari pertama yang kelihatan di China sejak 22 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan