Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife. Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.
Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife.
Melayukini.net - Ternyata pemandangan di langit ini sungguh menakjubkan dan boleh membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila memandangnya. Antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan kepada kita. Walaupun kita di Malaysia tidak berkesempatan untuk melihat secara dekat, namun gambar ini sudah cukup membuktikan segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan