Keringnya Tasik Galilee, Turunnya Imam Mahdi Dan Nabi Isa
Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?
Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah
Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim
Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah
pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya
sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar
yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu
aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami
berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’.
Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih
dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal
berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim
dalam Sahih Muslim)
Hadis ini memberitahu saya dan anda semua bahawa bila keringnya tasik
ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan
perhatikan lah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2
besar. Menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun
kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun
2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu.
Anda semua harus beringat. Bila tasik ini kering, maka itulah saat di
mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu Imam Mahdi dan memburu
Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya. Mengikut kajian sains, tasik
ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya.
Ketika itulah Nabi Isa akan turun.
Dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun
akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi Asbab
perlunya baginda turun, Asbab itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai
tuan2.
Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari.
- Ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- Bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil
& fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di
sekeliling kita
- Anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda tampan dari
timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya
mencecah 40 tahun.
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin
tampan dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda
di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang
belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak
pasti.
Ingatlah saudara-saudaraku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja dan mereka ber-3 berkongsi
gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada
mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka
bertiga berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini).
Percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja semua tanda-tanda untuk
munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada
anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul atau anak-anak
anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
Ketahuilah Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000
masihi lagi dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di
Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik Galilee
ini. 9 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 41 tahun (plus-minus)
sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi dan anda harus ingat...!!!
Ketahuilah,
Kita ada tak sampai 41 tahun sahaja lagi sebelum tasik Galilee kering
sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun lagi sebelum turunnya Nabi
Isa ke planet Bumi ini.
Sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada
di keliling kita. Dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan
sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang
lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar.
Dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan
muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan. Sekali lagi saya
ingatkan anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar
pertama keluar. Bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua
tanda-tanda kecil. Bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda
besar seterusnya tanpa ragu-ragu.
Dan ingatlah wahai Muslimin,
Doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman. Dari susur galur
bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad. Dari susur galur
Nabi Muhammad saw lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin
Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tidak tahu
bahawa dia adalah bakal Imam Mahdi. Di dalam darahnya ada kombinasi DNA
Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad kerana mereka berdua dari keturunan
yang sama. Sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah
meninggalkan Solat. Carilah balik doa Nabi Ibrahim itu (ada dalam
Alquran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir akan selalu
kita bacakan nama-nama Nabi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan