Translate

Sabtu, 15 September 2012

Kenapa selipar di Malaysia dipanggil selipar jepun?



28.1.10 3 COMMENTS
Image798-001
Kenal gambar ini? Yaa anda pasti kenal, benda inilah yang anda gunakan dalam kehidupan seharian kita untuk ke mana-mana sahaja. Jika kasut tak ada, selipar pun jadi le.. Sekarang penggunaan selipar untuk pergi ke pusat membeli belah (shopping complex) sama ada di Isetan ke, Lot 10 ke, atau pun Plaza Sg Wang ke.., kebanyakan orang kita sekarang lebih gemar memakai selipar daripada menggunakan kasut.
Ye le kan, kasut ada yang bertali, berat semacam pun ye.. tentu ada yang malas nak gunakan kasut dengan alasan malas nak ikat tali kasut. Ataupun kasut berat. Yang paling bagus alasan, kasut mahal sangat.
Bukan tujuan saya untuk menggalakkan anda menggunakan selipar untuk ke mana-mana, tetapi artikel yang saya ingin kongsi di sini ialah penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia sejak dari dulu lagi. Persoalannya adakah selipar yang ada di pasaran sekarang benar-benar memang dicipta di Jepun?
Asal-usul penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ sehingga kini tidak dapat dipastikan. Selipar yang ada pada hari ini sebenarnnya sudah lama bertapak di Malaysia pun sebelum kedatangan Jepun lagi. Maksudnya selipar berbentuk biasa ni dah lama ada, bukannya ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
Ada kemungkinan kenapa selipar yang ada sekarang di panggil selipar Jepun.
a.) Ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, mereka menyeksa tahanan dengan menampar muka menggunakan selipar. Selipar ini juga digunakan untuk menyeksa tahanan di penjara, Caranya ialah dengan memasukkan selipar ke mulut mangsa, dipaksanya tahanan tersebut menggigit selipar hingga patah gigi.
b.) Tentera Jepun juga dikenali kerana nafsu buas macam cipan mereka, merogol perempuan-perempuan dan memasukkan selipar ke kemaluan mangsa. Bangsat sungguh…!!!
c.) Tentera Jepun memaksa tahanan memasak selipar, kemudian di suruh makan selipar. Perencah masakan selipar itu adalah air sabun cap XXX
d.) Pada masa Jepun memerintah, kasut memang susah nak jumpa. Kerana ketika itu harga kasut memang melambung, dengan wang daun pisang Jepun yang dah tak laku, maka penduduk Malaya terpaksa pergi ke mana-mana menggunakan selipar. Hanya tentera Jepun atau balaci Jepun sahaja yang berkasut.
e.) Dan akhirnya, disebabkan takut dengan kekejaman jepun, bila ternampak selipar aje, maka orang-orang dahulu terus memanggilnya sebagai SELIPAR JEPUN.
Dari zaman ke zaman dan dari generasi ke satu generasi, selipar jepun menjadi popular dan telah diterima oleh seantero Tanah Melayu, memanggil mana-mana selipar sebagai selipar Jepun.
Tetapi kalau anda ke Jepun (jika ada peluanglah!), sebenarnya selipar jepun tu (Japanese Slipper) sebenarnya adalah ‘mix drink’ atau pun arak yang dicampur dengan manisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan