Translate

Ahad, 30 September 2012

5 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia

1.Pembersih tingkap Bangunan..







Bukan semua orang berani buat kerja ni..
aku pasti ramai yang fobia pada ketinggian.
Gambar ini dirakam di DUbai..
Kerajaan di Dubai sudah mule menguatkuasakan undang- undang bagi memastikan pekerja
mematuhi peraturan keselamatan..

2. Penggusti buaya..

nak melatih buaya..

amacam?? ade brani??
hurm.. ni lagi 1 pekerjaan gile ar...
cnfirm bleh dikira dengan jari brape orang je brani buat pekerjaan ni..
nk bergusti dengan buaya.. aku pon x sanggup..!

3. Pekerja lombong..

ni lagi 1 pekerjaan yang bahaye..
klo silap2 or nasib x baek.. tanah plak runtuh..
memang habis laa.. doa2 je la klo dh de dalam lombong ni..


4. Skuad pemusnah bom..
ni lagi satu kerja berbahaya...
klo salah matikan bom..
memang berkecai badan..!! memang tepat la bom meletup dekat badan..

5. nelayan...


korang perlu ingat.. kerja nelayan pon risiko besar...
kerja atas permukaan air..
if ade ribut ke.. memang sangat bahaye laa..
if dia orang xde ..
x adapat la kte makan ikan.

p/s: korang berani x kerja-kerja ni??

13 Binaan Yang Terpelik Di Dunia

Tiada had bagi seseorang yang suka berimaginasi dan kreativiti seperti yang digambarkan dalam binaan-binaan yang pelik ini. Lihat senarai rumah yang paling pelik di dunia ini yang sesetengahnya kita pernah melihatnya dan ada yang anda tidak pernah lihat di mana-mana sebelum ini.

1. Upside down House, Poland.
Direka oleh Daniela Czapiewski rumah yang terbalik terletak di Pusat Pendidikan di kampung Szymbark, Poland. Ia sepatutnya menjadi tanda peringatan berunsurkan seni bagi zaman komunis di Poland dan kesannya terhadap masyarakat Poland.



2. Gingerbread House. Orlando, Florida, Amerika Syarikat.




3. Fairy chimney houses, Cappadocia, Turki.
Rumah cerobong Fairy, diukir daripada batu-batu pada zaman Rom, boleh dilihat di Goreme, sebuah bandar di Cappadocia dan pusat monastik yang penting antara 300-1200 AD. Tempat ini dipenuhi dengan batu yang dibentuk untuk gereja dan kapel, serta beberapa sisa-sisa bandar-bandar bawah tanah.



4. Stone House di Portugal.

Rumah batu di pergunungan Fafe di utara Portugal dibina pada tahun 1974. Ia dibina gabungan antara empat batu besar yang ditemui di lokasi berkenaan.



5. Cube Houses, Belanda.
Rumah kubus yang terletak di Rotterdam dan Helmond, Belanda. Kompleks ini telah direka oleh Piet blom pada tahun 1984.


6. Stone House di Perancis.



7. Red House, New Jersey, Amerika Syarikat.



8.  The Mother Goose House, Kentucky, Amerika Syarikat.


Rumah ini dibina pada tahun 1940 di Hazard.




9.  Inversion, Houston, Amerika Syarikat.
Pemasangan vorteks yang dikenali sebagai penyongsangan telah direka oleh Dan Havel dan Dean Ruck di Art League Houston. Ia telah dibuat dengan dua buah rumah kecil yang dijadualkan bagi tujuan perobohan.



10.  The WM House, Copenhagen, Denmark.


11. Icing House, Fuerteventura, Sepanyol.


12. Fat House.

Direka oleh artis Austria, Erwin Wurm, Fat House yang sebenarnya adalah sebuah bangunan yang bersaiz sebenar. Ia adalah sebahagian daripada siri Fat yang dimulakan oleh artis yang pada tahun 2003.

13. Steel House, Texas,  Amerika Syarikat.

Direka oleh Robert Bruno, rumah keluli berdiri teguh di atas Ransom Canyon, Texas, dan sebenarnya ia merupakan rumah artis itu sendiri. Pembinaan rumah bermula pada tahun 1973.

Tempat Yang Tidak Ingin Duduki

Ini adalah senarai yang diperolehi daripada hottnez.com mengenai tempat-tempat yang mungkin anda tidak mahu menetap.

Dharavi in Mumbai, India

Dharavi adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.







Rocinha – Rio de Janeiro, Brazil

Kawasan setinggan yang terletak di Rocinha, Brazil ini kelihatan lebih moden berbanding di Dharavi. Walaupun kelihatan biasa namun tempat ini amatlah bahaya untuk diduduki. Ini kerana tempat ini dipenuhi dengan pengedar dadah dan penuh dengan keganasan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini juga terdedah dengan banjir dan tanah runtuh.
  




Kibera in Nairobi, Kenya

Kibera yang bermaksud hutan ini merupakan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Kenya. Tempat ini dipenuhi dengan sampah dan sering kali tempat ini digelar 'hutan sampah'. Kebanyakan penduduk Kibera merupakan Africa Muslim dari Kenya. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi teruk adalah kekurangan bekalan air dan elektrik, juga penuh dengan penyakit yang tidak terkawal terutama sakali penyakit AIDS.



Linfen, China

Linfen merupakan antara bandar yang tercemar didunia. Dipenuhi dengan asap dan debu tempat ini bukanlah pilihan untuk orang menetap. Seramai tiga juta penduduk disini terdedah dengan keracunan air beracun yan dipenuhi dengan kandungan arsenic yang amat tinggi. Seluruh tempat disini mengeluarkan asap dan ramai penduduk disini terdedah dengan kanser.



Kabwe, Zambia

Kawasan perlombongan emas yang mengandungi kandungan racun yang amat tinggi.



Chernobyl, Ukraine

Akibat kejadian Chernoby pada tahun 1986 yang meletusnya reaktor nuklear yang menyebabkan lebih 5.5 juta penduduk disini mendapat kanser tiroid. Tahap radiasi disini adalah 100 kali ganda tinggi daripada kejadian di Hiroshima dan Nagasaki.Bukan hanya binatang dan manusia sahaja yang terkena kesan daripada radiasi ini malah tidak terkecuali tumbuh-tumbuhan. Adalah mustahil untuk hidup dikawasan ini.




Dzerzhinsk, Russia

Merupakan tempat yang paling tercemar dengan kesan kimia yang tinggi. Tempat ini adalah kawasan pembangunan senjata kimia dan pusat kajian kimia. Disini purata jangka hidup bagi lelaki adalah 42 tahun manakala bagi wanita pula adalah 47 tahun. Kandungan fenol dan dioksin di perairan Dzerzhinsk melebihi had biasa sebanyak 17 000 000 kali ganda.



Cubatão – São Paulo, Brazil

Di kenali sebagai lembah kematian kerana tahap pencemaran yang amat tinggi dan menghapuskan seluruh tumbuh-tumbuhan dikawasan ini dan menyebabkan kelahiran tidak normal bagi bayi yang baru lahir disini.



Bassac Apartments, Cambodia

Basaac Apartments sepanjang 300 meter telah dibina disebabkan oleh inisiatif untuk mendirikan projek perumahan kos rendah sosial pada tahun 1960-anoleh pengarah perancangan bandar Lu Ban Hap.Walaubagaimanapun, projek perumahan yang dibiayai kerajaan telah menjadi tempat bagi 2500 pelarian sejak 1979 apabila penyewa mengosongkan rumah kerana berlakunya banyak kerosakan. Struktur yang dibuat daripada konkrit dan bata kini telah memberi laluan kepada jurang berbahaya di antara dinding konkrit yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan parasit. Bangunan ini boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja dan menanam hidup-hidup 2500 orang penduduk.



Mogadishu, Somalia

Mogadishu, bekas sebuah pelabuhan yang maju telah menyaksikan perebutan 17 tahun antara kem tentera sejak kejatuhan kerajaan pada tahun 1991. Ia bertukar menjadi bandar yang paling huru-hara dan bandar anarki dalam dunia, yang dipenuhi dengan kekacauan dan pemberontakan sivil. Hanya baru-baru ini, kerajaan persekutuan yang baru telah mengambil tampuk kawalan dan cuba lagi untuk mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman.



Jumaat, 28 September 2012

KISAH DI DALAM KITAB VEDA HINDHU,BUDHA MENGENAI BAB KALKI AVATAR YANG BERMAKSUD NABI MUHAMMAD S.A.W


Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular. 
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w)

Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

KEAJAIBAN MATEMATIK:Jujukan antara Peratus Daratan dan Lautan







Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
¶ Solat – 5 kali
¶ Dunia – 115 Kali : Akhirat – 115 Kali
¶ Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali
¶ Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali
¶ Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali
¶ Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali
¶ Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :
¶ Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
¶ Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
¶ Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali
¶ Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali
¶ Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali
¶ Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali
¶ Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali
¶ Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali
¶ Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali
¶ Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali
¶ Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali
¶ Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali
¶ Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali
¶ Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali
¶ Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
¶ Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali
v LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %
INI YANG ANDA HARUS TAHU
Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT
Allahu Akhbar…
semoga bermanfaat..

Yahudi-Zionis Di Malaysia






  Selepas berjaya menghuru-harakan Asia Barat dengan meletakkan rakyat Arab Islam di bawah kaki mereka, tumpuan seterusnya puak Yahudi-Zionis-Freemason adalah negara berpenduduk Melayu Islam di Nusantara. Sejak zaman-berzaman org Yahudi mengetahui hadis Nabi yg mengatakan Islam akan bangkit di sebelah Timur pada akhir zaman nanti.

Jadi, Yahudi perlu bekerja keras agar hadis tersebut tidak menjadi kenyataan. Mereka perlu lakukan sesuatu. Cara standard Yahudi melemahkan Islam adalah dengan mencetuskan huru-hara di negara-negara Islam khususnya yg dikhuatiri mampu mengancam mereka. Sebab itu, Iran pada bila-bila masa saja akan diserang. Ini kerana dipercayai Iran merupakan sebuah negara Islam yg dikatakan mempunyai kekuatan ketenteraan yg boleh memusnahkan negara haram Israel.

Yahudi tidak mahu negara Islam kuat dan bersatu. Islam yg kuat dan bersatu boleh menghalang cita-cita mereka untuk menguasai dunia. Bagi Yahudi, hanya Islam yg mampu menghancurkan impian jahat mereka. Kalau kita lihat senario negara Islam sejagat, boleh dikatakan hanya negara Islam di sebelah Nusantara (Asia Tenggara) saja yg belum sepenuhnya dikuasai oleh Yahudi-Zionis. Negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei kalau dikaji masih belum dapat ditembusi oleh puak kafir Yahudi khususnya dari aspek pentadbiran negara. 

Walaupun dari segi ekonomi dan budaya, negara Melayu Islam tersebut bagaikan sudah terserap sedikit demi sedikit dengan budaya kebaratan, namun Yahudi masih belum mampu menguasai seterusnya menentukan hala tuju pemerintahan negara. Mereka masih gagal untuk meletakkan pemimpin yg mereka sukai untuk menjadi kepala pemerintah.

Sebab itu, apabila heboh isu Anwar Ibrahim yg menyokong usaha untuk melindungi Israel dan dipercayai menjalin kerjasama dengan NGO Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, GAD sebenarnya langsung tidak terkejut. Yahudi sebenarnya sudah lama mengidam untuk memastikan Malaysia melutut di bawah tapak kaki mereka.

Ingat lagi tak isu tarian pendet yg menggoncangkan hubungan Malaysia-Indonesia sedikit masa lalu? Siapakah the hidden hand yg merangka strategi untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam Nusantara?Tak lain tak bukan ialah puak Yahudi-Zionis yg berpengkalan di negara sekutu mereka di seberang Tambak Johor itu. Yahudi sudah lama memerhati dengan penuh geram hubungan akrab Malaysia-Indonesia-Brunei. Negara-negara Melayu Islam di Nusantara ini dikatakan menjadi benteng terakhir mempertahankan Islam.

Jika negara Arab di Asia Barat telah mereka tundukkan sehingga tidak mampu bangkit lagi, kini mereka menumpukan usaha untuk menjajah negara Islam di Nusantara pula. Modus operandinya ialah dengan melantik boneka mereka lalu dibantu dengan menyuntik dana berjuta-juta malah mungkin berbilion-bilion ringgit untuk membiayai segala aktiviti bonekanya untuk merampas kuasa.

Ya, modus operandi tersebut sudah kelihatan di Malaysia ini di mana Anwar Ibrahim dan PKR adalah boneka yg ditaja oleh NGO Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sah Malaysia. Mungkin cara "Arab Spring'' atau menaja pemberontakan bersenjata seperti di negara Arab tidak disesuai dipraktikkan di Malaysia, tapi Yahudi sudah dapat membaca psikologi org Melayu Islam yg amat taksub kepada pemimpin dan suka berpolitik mengikut emosi.

Bayangkan jika Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memenenagi PRU 13 nanti, apakah yg bakal berlaku kepada Malaysia untuk suatu jangka masa yg panjang? Apakah ada jaminan bahawa Yahudi-Zionis tidak akan memiliki apa-apa kepentingan di sini?Adakah anda percaya pihak yg sudah melabur berjuta-juta ringgit untuk menaja pemimpin boneka mereka tidak akan menuntut apa-apa pembalasan? GAD percaya anda sudah ada jawapannya.

Apa yg GAD hendak perkatakan ialah kita umat Islam di Malaysia kini sedang diserang dari segenap sudut. Kita diserang dengan isu akidah seperti umat Islam dimurtadkan, isu LGBT, pluralisme agama, hak-hak istimewa Melayu dipertikaikan oleh org bukan Melayu, masalah sosial remaja Melayu, kebanjiran pendatang tanpa izin dan banyak lagi. Apakah semua isu ini hadir secara kebetulan ataupun ianya adalah rancangan jangka panjang sesuatu pihak untuk menakluki Malaysia? Harap dijauhkan semua itu. GAD harap kerajaan dapat berbuat sesuatu untuk menangani isu ini. Gunakanlah kuasa selagi masih ada untuk menyelamatkan Islam di bumi bertuah ini.